Saya sering dikatakan telah menjanamkan FELDA apabila FGV…

Saya sering dikatakan telah menjanamkan FELDA apabila FGV disenaraikan.

Baik. Saya beri beberapa fakta.

FGV disenaraikan pada tahun 2012 dengan harga pasaran RM10.5 bilion atau RM4.55 setiap saham pada masa harga minyak sawit dunia pada paras paling tertinggi iaitu melebihi RM3,200 satu tan.

Malangnya, harga saham FGV jatuh ke sekitar RM1.70 hingga RM2.00 sebelum PRU14 – bermaksud penurunan sekitar RM6 bilion.

(harga saham FGV pernah jatuh ke 62 sen selepas PRU14 setelah PH ambil alih sebelum memulih ke harga RM1.20 sekarang)

Saya pula dituduh telah jahanamkan atau rompak kerugian RM6 bilion itu.

Namun pada tahun 2012 itu juga, syarikat milik kerajaan IHH Healthcare Berhad juga disenaraikan dengan nilai pasaran RM22.5 bilion atau harga RM2.80 setiap saham.

Sebelum PRU14, harga saham IHH sekitar RM6.10 atau kenaikan nilai pasaran sekitar RM32 bilion ke lebih RM55.4 bilion.

Takde pulak siapa sebut kenaikan RM32 bilion atau puji Najib jana keuntungan RM32 bilion?

Malah kerajaan PH telah jual 16% daripada pegangan kita dalam IHH Berhad dengan harga RM8.42 bilion kepada Jepun selepas PRU14.

Yang rugi RM6 bilion, Najib yang rompak.

Yang untung RM32 bilion, tak mahu sebut pulak?

FELDA milik kerajaan. IHH Berhad pun milik kerajaan.

Tak kan kenaikan RM32 bilion IHH itu tak boleh cover penurunan RM6 bilion FGV?

Saya beri satu lagi contoh.

Nilai aset bersih Khazanah Nasional naik sekitar RM84 bilion dari RM32 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM116 bilion pada akhir tahun 2018 – iaitu tempoh saya PM dan pengerusi Khazanah.

Namun nilai aset bersih Khazanah jatuh ke RM91 bilion pada akhir tahun 2018 dan jatuh lagi ke RM73 bilion (penurunan RM43 bilion banding tahun 2017 sebelum PRU14) pada akhir 2019 akibat PH menjahanamkan negara, banyak jual aset Khazanah dan pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia.

Takde pulak siapa dari PH yang puji Najib berjasa dan menguntungkan negara sebanyak RM84 bilion?

Jika Najib boleh dikatakan rompak RM6 bilion dan menjanamkan FGV kerana nilai FGV jatuh RM6 bilion, bolehkah kita tuduh PH telah rompak RM43 bilion atau telah jahanamkan Khazanah Nasional?

Last lagi satu contoh:

Indeks Bursa Malaysia pada masa saya jadi PM pada April 2009 adalah sekitar 800 point atau jumlah nilai keseluruhan pasaran bursa sedikit di bawah RM800 bilion.

Dalam tempoh saya jadi PM, Bursa Malaysia menjadi pasaran saham dalam trend menaik paling lama dalam dunia (world’s longest bull-run market) dan mencapai paras tertinggi 1,896 points dengan jumlah nilai pasaran RM1.96 trilion pada bulan April 2018 sebelum PRU14.

Iaitu penjanaan kekayaan sebanyak RM1.2 trilion bagi semua Rakyat termasuk mereka yang mempunyai simpanan dan pelaburan dalam tabung-tabung amanah seperti KWSP, ASN/ASB, KWAP dan Tabung Haji.

Namun selepas PRU14, PH jahanamkan ekonomi dan pasaran saham Malaysia sehingga ianya jatuh ke bawah 1,400 points bersamaan dengan kehilangan nilai RM500 bilion semasa Gagalkrasi PH tumbang.

Jika Najib dituduh rompak RM6 bilion dan menjanamkan FGV kerana nilai FGV jatuh RM6 bilion, bolehkah kita juga simpulkan bahawa PH telah rompak RM500 bilion dari pasaran saham Malaysia?

Boleh juga kita simpulkan bahawa Najib telah selamatkan Malaysia kerana nilai pasaran saham negara naik RM1.2 trilion dalam tempoh saya PM?

Minta komen PM7, Menteri kewayangan PH dan towkay MRCB proksi PM7.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157328383005952/

Leave a Reply