Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya sedar akan pelbagai tohmahan yang dilemparkan mengaitkan saya dan... - Najib Razak

Saya sedar akan pelbagai tohmahan yang dilemparkan mengaitkan saya dan…

Saya sedar akan pelbagai tohmahan yang dilemparkan mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sesungguhnya apa yang ditulis di dalam artikel HarakahDaily bertajuk ‘Dana 1MDB Biaya Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)’ yang diterbitkan pada 19 Februari adalah fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan, langsung tidak bersandarkan fakta dan tanpa apa-apa bukti kukuh.

Sebagai warga negara Malaysia, saya berhak untuk mempertahankan diri saya dan keluarga saya daripada fitnah jahat ini menggunakan sistem undang-undang negara. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut HarakahDaily menarik balik artikel tersebut.

Ingin saya tegaskan di sini, 1MDB adalah sebuah syarikat pembangunan strategik, dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan saya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa menggunakan atau menyeleweng dana awam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.

Sebagai Perdana Menteri, saya sedia menerima kritikan membina. Tetapi apabila fitnah liar yang sama-sekali tidak berasas dilemparkan kepada keluarga saya, saya tidak akan berdiam diri atau bertolak-ansur.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152607625130952/

Leave a Reply