Saya percaya inflasi akan menjadi masalah yang semakin besar pada…

Saya percaya inflasi akan menjadi masalah yang semakin besar pada bulan-bulan mendatang sekiranya kerajaan PN masih tidak ambil sebarang tindakan.

Minggu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan Indeks Harga Pengeluar Malaysia (iaitu kos untuk mengeluarkan barang) bagi bulan lepas.

Biasanya apabila kos pengeluaran meningkat, harga kepada pengguna akhir akan naik juga beberapa bulan kemudian.

Indeks harga pengeluarannya naik 10.6% pada bulan April 2021. Lagi tinggi berbanding kenaikan 6.7% pada bulan Mac 2021 yang sudahpun tinggi.

Kali ini, kenaikan harga pengeluaran bukan hanya sekadar bahan mentah pembinaan atau harga minyak yang sudahpun naik tinggi pada bulan-bulan lepas tetapi telah beralih ke kos pengeluaran makanan.

Misalnya, kos harga bahan untuk pembuatan makanan bagi peringkat perantaraan telah melonjak 31.1% pada bulan April.

Jadi, untuk kali ke lima, saya saran kerajaan untuk segera kembalikan diskaun elektrik bagi semua sektor termasuk bagi domestik seperti tahun lepas yang telah ditarik balik pada akhir bulan Disember 2020 bagi meredakan sedikit tekanan harga dan inflasi.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan telah mengesahkan penamatan diskaun elektrik sebagai satu faktor kenapa inflasi meningkat.

Baca ini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157904511940952

Lagipun kerajaan suruh satu keluarga duduk rumah 24 jam dalam “Total” lockdown ini, mahu bil elektrik tak menlonjak pada akhir bulan?

Sekiranya kerajaan masih tak mahu dengar, korang tanggunglah sendiri kesannya nanti apabila Rakyat marah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157931253080952/

Leave a Reply