Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya amat kagum dengan posting-posting yang kata ekonomi Malaysia tak... - Najib Razak

Saya amat kagum dengan posting-posting yang kata ekonomi Malaysia tak…

Saya amat kagum dengan posting-posting yang kata ekonomi Malaysia tak terjejas dan rakyat Malaysia okay sahaja sebab ramai beratur untuk membeli iPhone 12, PS5 dan X50.

Dah tahu pun kita ada kategori T20 di mana mereka masih selesa dan mampu membeli. Adakah kamu fikir keluarga bilionaire-bilionaire atok sangat terkesan atas kapal layar atau private jet mereka sehingga mereka tak mampu beli iPhone 12? Sudah tentu tidak.

Jumlah penduduk Malaysia sebanyak 30 juta orang. Dan T20 yang merupakan 20 peratus paling kaya sudah 6 juta orang.

Tapi masalahnya ialah 24 juta lagi rakyat dari golongan B40 dan M40.

Namun ceritanya bukan begitu sahaja.

Krisis ekonomi Covid ini tak pukul sama rata pada semua industri.

Ada sektor yang menerima manfaat dan memulih lebih cepat. Malah kadar pertumbuhan sektor mungkin lebih pantas berbanding sebelum Covid.

Sebagai contoh, industri elektronik dan perkhidmatan IT di mana ramai memerlukan komputer atau kelengkapan untuk kerja dari rumah dan memulakan perniagaan online selling.

Industri sarung tangan dan PPE juga menerima manfaat setelah permintaan mencanak naik.

Pada masa yang sama, banyak lagi sektor-sektor yang terus terjejas dan mungkin akan memerlukan masa bertahun-tahun untuk memulih.

Ini menjadikan ekonomi negara menjadi ekonomi dua kelajuan – iaitu sektor-sektor yang bermanfaat akan bertumbuh lebih laji manakala sektor-sektor lain turun berterusan.

Sebab itu ianya nampak macam huruf “K” dalam graf dan kini disebut sebagai “K-curve recovery” atau pemulihan bentuk “K”. Bukan lagi pemulihan “V-curve” seperti disebut dan diharapkan oleh kerajaan PN.

(Graf ini saya ubah suai dari graf U.S. Chamber of Commerce supaya lebih relevan bagi konteks ekonomi Malaysia)

Seperti angka kadar pengangguran tidak mengambarkan keadaan sebenar di mana lagi ramai tak hilang kerja tapi pendapatan mereka berkurang akibat OT, hari bekerja, elaun, service points, gajji asas dan komisyen menurun, angka kadar pertumbuhan KDNK juga tak mengambarkan realiti dua kelajuan Ini.

Di dalam konteks Malaysia, jumlah warga Malaysia yang bekerja dalam sektor-sektor yang menerima manfaat adalah jauh lebih kecil berbanding dalam sektor-sektor yang terus terjejas dan akan terus terjejas.

Sebagai contoh, jumlah pekerja (termasuk pekerja asing) sektor pembuatan elektronik cuma 500 ribu orang manakala jumlah pekerja sektor sarung tangan yang banyak bergantung kepada mesin cuma 71,800 orang di mana 28,000 adalah warga tempatan dan 43,800 pekerja asing.

Manakala 1.1 juta pekerja terlibat dalam sektor perkhidmatan IT Malaysia.

Memandangkan sektor perkhidmatan dan sektor pelancongan merupakan sektor yang paling besar dalam negara dari segi pekerja, ramai lagi warga Malaysia yang terjejas.

Sebanyak 3.5 juta rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pelancongan.

Belum lagi ambil kira sektor runcit (termasuk shopping mall), sektor pengangkutan, sektor pendidikan, peniaga-peniaga kecil tepi jalan dan segala SME yang mengeluarkan produk yang kurang permintaannya pada masa kini.

Pada pendapat saya, bajet 2021 kurang membantu untuk sektor-sektor ini.

Sebagai contoh, kerajaan sudah berbelanja RM12.5 bilion untuk Program Subsidi Upah (PSU) bagi tahun 2020 tetapi peruntukkan PSU ini bagi tahun 2021 cuma RM1.2 bilion dan itupun untuk sektor pelancongan dan sektor runcit sahaja di mana tempoh cuma 3 bulan sahaja dengan subsidi maksima RM600 setiap pekerja dengan syarat majikan tidak boleh membuang sebarang pekerja.

Jika gaji pekerja adalah RM3,000, kerajaan bayar RM600 dan majikan masih perlu menanggung RM2,400. Tapi di mana datangnya duit untuk membayar gaji jika sektor pelancongan terus terjejas akibat larangan rentas negeri PKPB dan pelawat asing masih tidak dibenarkan masuk ke negara?

Dalam perbahasan bajet minggu lepas, saya juga telah memberi cadangan beberapa langkah untuk sektor-sektor terjejas ini seperti cadangan untuk kita memberi pilihan kepada penerima PSU untuk lebih bertumpu kepada program latihan upskilling dan re-skilling ala PTPTN supaya pekerja boleh meningkatkan kemahiran mereka sementara menunggu sektor mereka memulih atau bertukar ke industri lain yang lebih pesat berkembang.

Sebab itu, saya kurang minat dengan angka dan ramalan KDNK bagi tahun ini dan tahun depan sebab itu adalah ekonomi fiskal.

Yang saya lebih minat ialah ekonomi Rakyat. Saya lebih mengambil berat bahawa jauh lagi besar bilangan warga Malaysia yang terjejas berbanding mereka yang bertuah untuk berkerja dalam sektor-sektor yang menerima manfaat.

Dan sebab itu, saya terus cadangkan pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal.

Kenapa automatik dan kenapa secara pukal?

Sebab yang paling terkesan dan tidak dapat membayar tidak perlu memohon.

Dan yang kurang terkesan dan mampu membayar boleh timbangkan untuk terus membayar pinjaman atau belanjakan wangnyga dalam ekonomi tempatan untuk merancakkan ekonomi tempatan yang sudah pasti berhubung sektor-sektor terjejas.

Bank-bank boleh bertimbang untuk memberi sedikit insentif untuk menggalakkan mereka terus membayar ansuran memandangkan kadar faedah telah diturunkan banyak kali tahun ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157492365615952/

Leave a Reply