Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya ada soalan bagi mereka yang suka tuduh saya perompak, penyamun dan... - Najib Razak

Saya ada soalan bagi mereka yang suka tuduh saya perompak, penyamun dan…

Saya ada soalan bagi mereka yang suka tuduh saya perompak, penyamun dan pencuri.

Saya pernah terima sekurang-kurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi untuk kegunaan peribadi saya dan sesuka hati saya tanpa syarat sebab hubungan saya dengan Raja Saudi adalah amat baik masa itu.

Hubungan baik sehingga saya pernah dianugerahkan kehormatan tertinggi negara Arab Saudi yang tak pernah diterima mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum dan sejak itu.

“17 Jan 2010: Najib Terima Anugerah Raja Arab Saudi”
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/17/najib-terima-anugerah-raja-arab-saudi

Amat baik sehingga saya pernah dihadiahkan oleh Baginda bahagian kain kiswah yang paling berharga dan bermakna kerana ia bahagian Multazam yang ada banyak tenunan dan hiasan benang perak serta benang emas untuk menutup pintu Kaabah.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/417837/kiswah-kaabah-akan-dipamerkan-najib

Penerimaan dana sekurang-kurangnya RM642 juta ini telah disahkan oleh kedua-dua pihak SPRM dan pihak Ambank dalam mahkamah.

“Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak. Perkara itu disahkan Pegawai SPRM, Rosli Husain, 54, ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib.”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598722/najib-terima-rm642-juta-dari-arab-saudi

Tapi saya gunakan keseluruhan dana RM642 juta tersebut untuk kerja CSR secara terus atau melalui program-program parti politik. Tak gunakan untuk peribadi saya walaupun tidak ada apa-apa yang halang untuk saya gunakan untuk sendiri atau keluarga.

Termasuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan oleh beliau dan PMO (untuk imam, tahfiz dan termasuk semua masjid-masjid di seluruh Malaysia sebanyak lebih 7 ribu masjid, dan juga bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014).
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-jakel-mengenai-dakwaan-terima-wang-1mdb-210750

Jadi saya nak tanya mereka yang tuduh saya perompak dan penyamun, berapakah Ringgit peribadi yang pernah disedekahkan oleh PM4/7 dan PM8 yang kononnya bukan perompak, penyamun dan pencuri?

Jangan sebut dana yang disebut RM2.6b. Itu pun turut disahkan dalam mahkamah bahawa saya sudah pulangkan kepada akaun penghantar 4 bulan setelah diterima.

Jangan juga sebut dana RM42 juta berkait SRC sebab itupun disahkan dalam mahkamah telah digunakan sepenuhnya untuk kerja CSR dan sedekah.

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Jadi, berapa ratus juta Ringgit dana peribadi yang pernah disedekahkan oleh PM4/PM7, PM8 ataupun presiden parti lain yang kononnya bukan penyamun, perompak dan pencuri?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157968005300952/

Leave a Reply