Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, “Orang yang…

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.”

Setiap hari pada bulan Ramadan pastinya dipenuhi pelbagai kemeriahan, terutamanya sewaktu mencari juadah berbuka untuk diri sendiri mahupun keluarga. Jika berkemampuan, sebaiknya kita gandakan amal ibadat dengan bersedekah, terutamanya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Insya-Allah.

Selamat berbuka puasa semua.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154464526945952/

Leave a Reply