Sabah mencatat 429 kes baru Covid hari ini dan 443 semalam. Sebanyak 31…

Sabah mencatat 429 kes baru Covid hari ini dan 443 semalam.

Sebanyak 31 daripada 33 kematian akibat Covid-19 sejak 27 September direkodkan di Sabah.

Harap kerajaan pusat PN memberikan lebih fokus kepada Sabah dan terus meningkatkan usaha seperti saranan saya hari itu untuk:

1. Mewujudkan lebih pusat kuarantin dan rawatan bagi pesakit Covid-19 yang tidak bergejala atau ada gejala ringan untuk mengurangkan beban kepada hospital.

2. Memindah lebih ramai front-liner dari KKM dan dari hospital swasta semenanjung Malaysia serta Sarawak untuk membantu di Sabah.

3. Memastikan bekalan perubatan, PPE dan kapasiti membuat saringan di Sabah adalah mencukupi.

Diharapkan juga NGO-NGO dari semenanjung Malaysia boleh tolong mengumpul dan membekalkan bantuan kepada warga Sabah – terutamanya daerah-daerah yang telahpun diletak di bawah PKPB untuk sebulan.

Hampir sejuta Rakyat Malaysia di Kudat, Tawau, Lahad Datu dan Semporna kini telah masuk minggu ketiga PKPB.

Kita 1Malaysia. Jika Sabah perlu dibantu, kita 1Malaysia membantu Sabah.

Pada masa yang sama, kerajaan pusat perlu agihkan cukai jualan petroleum kepada Sabah seperti bayaran RM2.9 bilion yang telah dibayar kepada Sarawak secepat mungkin supaya bantuan kewangan boleh disalurkan kepada warga Sabah yang sudah tentu amat susah sekarang.

Apa yang halang kerajaan serta bank-bank untuk umum lanjutan moratorum secara automatik sedangkan ramai di sana kini terpaksa di bawah PKP sebulan?

Kalau mereka tak dapat berniaga, bekerja, menangkap ikan, bagaimana mereka mampu membayar ansuran bank bulan ini?

Umumkan segera! ADUN-ADUN BN Sabah, sila tuntut.

Warga Sabah juga disaran untuk terus mengikut SOP dan untuk duduk di rumah dalam tempoh ini jika tiada keperluan mendesak.

Amalkan penjarakan fizikal, pakai penutup mulut dan sering basuh tangan.

Jika rasa kamu bergejala atau telah terdedah kepada risiko dijangkit Covid oleh kontak rapat yang disahkan positif, segera berhubung dengan KKM.

Jangan percaya pemimpin-pemimpin Warisan tak bertanggung jawab bahawa Covid di Sabah adalah wayang dan cuma helah kerajaan pusat untuk menghukum warga Sabah.

Covid-19 danger is real! Bukan sandiwara atau mainan politik.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157422818105952/

Leave a Reply