Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ramai yang salah faham bahawa undi tidak percaya akan berlaku sekiranya... - Najib Razak

Ramai yang salah faham bahawa undi tidak percaya akan berlaku sekiranya…

Ramai yang salah faham bahawa undi tidak percaya akan berlaku sekiranya parlimen bersambung.

Tidak.

Usul undi tidak percaya tidak akan berlaku selagi Speaker parlimen tak benarkan usul tersebut dibahas.

Perkara yang sama pernah berlaku banyak kali pada tahun lepas setelah Tun Mahathir, Shafie Apdal dan beberapa lagi ahli parlimen PH mengemukakan satu persatu usul undi tidak percaya. Ada seorang juga yang usulkan undi percaya pada Mahathir.

Walaupun Speaker terima kesemua usul tersebut tapi tiada satu usul pernah dibenarkan Speaker untuk dibentang,

Sebab itu, soal undi tidak percaya tak timbul apabila parlimen sambung bersidang sebab Speaker parlimen dilantik PN tidak akan membenarkan.

Seperti tertulis dalam Titah YDP Agong minggu lepas, Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara akan perlu dibahas dan diluluskan sebaik sahaja parlimen bersambung.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157969503255952/

Leave a Reply