Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Rakan Facebook PM cecah sejuta orang - Najib Razak
News_archive

Rakan Facebook PM cecah sejuta orang

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KUALA LUMPUR: Pengikut laman sosial Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga semalam mencecah sejuta orang, sekali gus menjadikan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik yang mencatatkan bilangan ahli laman sosial paling ramai di negara ini.

Kejayaan mengumpulkan ahli melalui laman sosial itu hasil usaha Perdana Menteri yang berasakan pendekatan dan kesanggupan beliau menggunakan teknologi itu dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Najib dalam entri terbaru laman sosial itu pada 10.20 malam tadi, melahirkan rasa terharu sebaik mengetahui pengikut Facebook beliau sudah mencecah sejuta orang dan berterima kasih kepada rakan taliannya atas sokongan yang diberikan.

“Saya terharu mengetahui rakan Facebook sudah mencecah sejuta orang. Terima kasih… saya akan terus berinteraksi bersama-sama rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply