Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Presiden Kazakhstan Diberi Sambutan Negara - Najib Razak
News_archive

Presiden Kazakhstan Diberi Sambutan Negara

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, yang tiba semalam untuk lawatan dua hari ke Malaysia, hari ini diberi sambutan negara di Dataran Parlimen.

Ketibaan Nazarbayev dan rombongan pada pukul 9 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-menteri Kabinet.

Upacara sambutan bermula dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 14 das.

Nazarbayev dan anggota rombongannya kemudian diperkenalkan kepada anggota Jemaah Menteri dan perwakilan diplomatik asing yang menghadiri upacara itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply