Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM Lulus Peruntukan Bina Empangan Kahang - Najib Razak
News_archive

PM Lulus Peruntukan Bina Empangan Kahang

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KLUANG, 26 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan sebanyak RM105 juta bagi pembinaan Empangan Kahang untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air yang sering melanda penduduk Kluang terutama pada musim kemarau.

Berucap pada majlis jamuan rakyat di sini Sabtu malam, Perdana Menteri berkata projek empangan yang turut dilengkapi loji rawatan air bersih itu akan dimulakan awal tahun depan.

“Saya amat peka dengan masalah kekurangan air ini sebab kalau tiada air, itu ‘menghantui’ rakyat dan menjadi keluhan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata kelulusan peruntukan dibuat bagi memperbaiki kualiti hidup penduduk Kluang.

Catuan air terpaksa dilakukan apabila paras air di Empangan Sembrong Barat menurun pada musim kemarau dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan sehingga menyukarkan penduduk menjalani kehidupan harian masing-masing.

Mengenai jamuan rakyat itu, Najib berkata beliau sungguh terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat apabila seramai 10,000 orang menghadirinya, melebihi jangkaan awal seramai 6,000.

Beliau percaya jika pemimpin menghambakan diri kepada rakyat dan mempunyai sikap merendah diri, sokongan kepada Barisan Nasional akan bertambah mantap.

Turut hadir pada jamuan itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber : Bernama

Leave a Reply