Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Petang semalam saya turun ke Baram untuk berkempen bersama calon Barisan... - Najib Razak

Petang semalam saya turun ke Baram untuk berkempen bersama calon Barisan…

Petang semalam saya turun ke Baram untuk berkempen bersama calon Barisan Nasional DUN Telang Usan, Dennis Ngau.

Berkesempatan berjumpa dengan penduduk dari etnik Kayan, ada yang beri gelaran ‘Amai Aya’ kepada saya yang bermaksud Ketua Pemimpin Keluarga.

Sebagai Ketua Pemimpin Keluarga, saya dan Dennis bertanggungjawab membawa pembangunan dan kemajuan kepada anda semua di Telang Usan.

Saya berharap pelancaran Skim Pinjaman Rumah Panjang serta kelulusan untuk pembinaan dewan masyarakat dan sekolah rendah yang baru semalam akan meningkatkan taraf hidup anda semua.

Kemenangan kepada Dennis pada 7 Mei nanti membawa jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus memelihara kebajikan dan masa depan anda.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153480945750952/

Leave a Reply