Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Perdana Menteri Rasmi Persidangan Ke-7 Ketua-ketua Perwakilan - Najib Razak
News_archive

Perdana Menteri Rasmi Persidangan Ke-7 Ketua-ketua Perwakilan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Ke-tujuh Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di Luar Negara, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 Jun ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata persidangan dengan tema “Dasar Luar Malaysia: Hala Tuju Masa Depan 2009 hingga 2015” itu dijadual berlangsung mulai esok sehingga 27 Jun ini. Terdahulu Mesyuarat Ke-empat Konsul-konsul Kehormat berlangsung di venue yang sama dari 18 hingga 22 Jun.

Pada sebelah malamnya Perdana Menteri akan menjadi hos majlis makan malam bagi ketua-ketua perwakilan itu, yang akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketua-ketua perwakilan itu akan melawat Sarawak serta Sabah, dan diberi taklimat mengenai program pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berkenaan.

Mereka juga akan mendengar taklimat berhubung Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, di samping menyertai sesi dialog dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sementara itu mesyuarat Ke-empat Konsul Kehormat yang dihos oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman merupakan platform bagi semua konsul-konsul kehormat untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mempromosi perdagangan dan pelaburan ke Malaysia, menurut kenyataan itu.

Konsul-konsul Kehormat itu akan juga akan melawat Terengganu dan menghadiri taklimat berhubung pembangunan oleh kerajaan negeri Terengganu, dan menghadiri majlis makan malam yang dihos oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Ketua-ketua perwakilan dan Konsul-konsul Kehormat itu juga akan diberi taklimat berhubung dasar-dasar dalam negara yang penting, di samping pelan-pelan pembangunan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sejumlah 75 pesuruhjaya perdagangan dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), pegawai-pegawai dari Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengambil bahagian dalam persidangan itu,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply