Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pengguna Twitter sebelah kiri adalah jenis yang suka bersangka buruk yang... - Najib Razak

Pengguna Twitter sebelah kiri adalah jenis yang suka bersangka buruk yang…

Pengguna Twitter sebelah kiri adalah jenis yang suka bersangka buruk yang tuduh saya sebenarnya tak kisah dengan pencarum KWSP dan cuma naikkan isu KWSP hanya untuk mencari populariti supaya saya tidak disumbat dalam penjara.

Yang tuduh begini perlu jawab 4 soalan ini sahaja:

1) Adakah bajet 2021 untuk melawan krisis pandemik yang cuma 2.5% lebih besar berbanding bajet 2019 masa PH yang tiada krisis mampu menyelematkan negara JIKA ekonomi tidak menerima suntikan dana tambahan dari pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman?

2) Adakah ianya masuk akal bahawa mereka yang ada pendapatan RM10k sebulan yang berkurang 30% dianggap lebih terjejas berbanding mereka dengan pendapatan RM2,000 sebulan yang turun 20%?

3) Adakah ianya adil bahawa mereka yang sedang terdesak sekarang perlu tunggu sehingga 3 bulan untuk menerima bayaran pertama dari KWSP?

4) Apa kaitan KWSP dengan rayuan kes saya di mahkamah yang mempunyai 307 point fakta bahawa hakim mahkamah tinggi (yang tiba-tiba diganti PH setelah kes saya telah bermula) sudah salah?

Soalan-soalan simple je.

Oh, Najib tak kisah dengan pencarum KWSP ke? Sila sangkalkan fakta-fakta ini:
1) Dividen KWSP masa saya PM adalah antara tertinggi sejak 20 tahun lalu.
2) Nilai aset bersih KWSP naik setengah trillion Ringgit dari RM341b ke RM841b masa saya PM.
3) Projek-projek lumayan diberi kepada KWSP termasuk Kwasa Damansara (RM50b), Battersea (RM50b), 49% kepentingan dalam PLUS Highways dan LRT3.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157538516915952/

Leave a Reply