Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pekan Kemabong Dibanjiri Rakyat Sempena Lawatan PM - Najib Razak
News_archive

Pekan Kemabong Dibanjiri Rakyat Sempena Lawatan PM

Sorry this entry isn’t available in the selected language

TENOM, 30 Jun (Bernama) — Pekan Kemabong di kawasan pedalaman Tenom yang biasanya sepi dan lengang, hari ini penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 10,000 orang sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jumlah besar para pengunjung dari kampung-kampung berdekatan dan kakitangan kerajaan yang datang dari Kota Kinabalu, menyebabkan kesesakan lalu lintas di satu-satunya jalan yang menghubungkan Tenom dan Pekan Kemabong itu sejak 7.30 pagi.

Malah, hujan sejak awal pagi tidak menghalang penduduk di kawasan ini berkunjung ke tapak program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, Tenom 2011 di Padang Pekan Kemabong, untuk melihat secara dekat pemimpin nombor satu negara itu.

Najib yang tiba kira-kira jam 9 pagi, turut menyuarakan kekaguman melihat jumlah besar yang datang.

“Saya khuatir sambutan tidak menggalakkan kerana hujan, ingat (ia) hambar atau dingin, tetapi bila saya tiba di Pekan Kemabong, saya dapati sebaliknya sambutan diberikan oleh masyarakat di sini amat hangat sekali.

“Kehadiran yang begitu besar jelas menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN),” kata Najib.

Daerah kecil Kemabong terletak kira-kira 208 kilometer atau tiga setengah jam perjalanan dari Kota Kinabalu, dan didiami kira-kira 35,000 orang dengan 70 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Murut.

Najib turut menyifatkan perhimpunan dengan rakyat hari ini sebagai ‘luar biasa’, kerana para pemimpin ‘dahulu dan sekarang’ turut berkumpul bersama-sama.

“Saya dah banyak kali melawat Sabah, tetapi perhimpunan inilah julung kali di mana bekas Ketua Menteri Sabah ada di sini… Tan Sri Harris Salleh, Datuk Seri Osu Sukam, dan yang masih aktif lagi iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Timbalan Ketua Menteri) dan Datuk Seri Salleh Said Keruak (Speaker Dewan Undangan Negeri).

“Mereka (Pairin dan Salleh) kembali semula dan ‘re-invented’ diri mereka bersama-sama dengan barisan kepimpinan. Ini bererti ada kesepaduan dalam pimpinan lama dan baru,” kata beliau.

Terdahulu, Najib melawat rumah-rumah tradisi dan bersarapan bersama pemimpin masyarakat tempatan serta pemimpin badan keagamaan tempatan.

Beliau juga melawat gerai-gerai pameran agensi kerajaan di tapak program, selain menyerahkan geran komunal kepada wakil peserta di kawasan Kabintaluan, Kemabong, sebelum menaiki helikoter ke Sipitang.

Sumber : Bernama

Leave a Reply