Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pada bulan Oktober 2019, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum bahawa... - Najib Razak

Pada bulan Oktober 2019, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum bahawa…

Pada bulan Oktober 2019, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum bahawa pembinaan sebuah jalan bagi projek terowong RM6.3 bilion akan bermula pada 31 Okt.

Tetapi saya diberitahu bahawa pembinaan masih belum bermula sehingga kini – iaitu 8 bulan selepas DAP umum akan mula kerja.

Saya sedikit pun tak hairan. Biar saya jelaskan.

Projek terowong bernilai RM6.3 bilion yang melibatkan pembinaan 3 jalan raya dan sebuat terowong dasar laut dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik 100% swasta pada tahun 2013.

Pada masa itu, jadual pembinaan yang ditetapkan semasa projek diberi adalah:
– Pembinaan lebuhraya pertama bermula tahun 2015 dan siap tahun 2018.
– Pembinaan lebuhraya kedua bermula tahun 2015 dan siap tahun 2018.
– Pembinaan lebuhraya ketiga bermula tahun 2017 dan siap tahun 2020.
– Pembinaan terowong bermula pada tahun 2019 dan siap tahun 2023.

Jika mengikut jadual projek asal, ketiga-tiga lebuhraya pun dah siap tahun ini manakala kerja pembinaan terowong sudah bermula tahun lepas.

Namun realitinya ialah setelah 7 tahun projek diberi, tidak ada sebarang kerja pembinaan pernah bermula.

Apa yang berlaku ialah ianya sudah menjadi kebiasaan bagi kerajaan DAP membuat pengumuman yang sama setiap tahun bahawa pembinaan akan bermula tahun itu (tetapi tak mula).

Tahun 2015, mereka mengaku projek sudah lambat tetapi kata pembinaan tentu akan mula tahun 2016.
https://paultan.org/2015/08/14/work-on-three-penang-highways-to-start-in-early-2016/

Tapi belum start. Oleh itu, DAP kata pembinaan tertangguh tetapi janji akan start tahun 2017
https://www.nst.com.my/news/2016/03/131614/penang-mega-project-start-june

Gagal untuk mula pembinaam lagi. Lepas itu, DAP kata gerenti akan start pembinaan pada bulan Jun 2018
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2017/11/13/penang-exco-three-paired-roads-project-to-start-mid-2018/1509093

Itupun dicapati. Oleh itu, pada bulan Julai 2018, mereka kata projek akan mula dibina pada suku kedua tahun 2018.
https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/07/03/works-to-begin-on-paired-road-firm-construction-expected-to-commence-second-quarter-of-next-year

Dan paling akhir ialah tahun lepas di mana DAP umum pembinaan akan bermula 31 Okt 2019 (tetapi tak mula juga sehingga 1 Julai 2020).
“October 11, 2019: Penang Island highway project to start on Oct 31”
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/10/528894/penang-island-highway-project-start-oct-31

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya telah bermula dan telah siap ialah pembinaan projek kondo mewah yang dibina di atas tanah kerajaan yang diberi kepada syarikat terowong sebagai bayaran untuk projek.

Kos bagi laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk untuk projek terowong ini adalah sebanyak RM305 juta.

Pada tahun 2015, kerajaan Pulau Pinang sudahpun membayar sebanyak RM220 juta dalam bentuk tanah kerajaan sebagai sebahagian kos RM305 juta laporan.

Dan pada April tahun 2015 juga, kerajaan DAP telah pun meluluskan pembinaan dua block kondo mewah fasa pertama di atas tanah tersebut.

“April 1st, 2015: Ewein Zenithโ€™s mixed project in Penang gets planning consent”
https://www.penangpropertytalk.com/2015/04/ewein-zeniths-mixed-project-in-penang-gets-planning-consent/

Projek kondo fasa pertama bernilai RM800 juta terletak di tanah tepi laut di Tanjong Tokong telah siap dibina dan dijual dengan harga RM1,350 setiap kaki persegi.

Manakala fasa kedua projek kondo bernilai RM1.2 bilion akan dilancarkan tahun ini:
“January 16th, 2019: Ewein plans to launch City of Dreams 2 in 2020”
https://www.penangpropertytalk.com/2019/01/ewein-plans-to-launch-city-of-dreams-2-next-year/

Apa yang telah sebenarnya berlaku ialah:

Kos laporan ratusan juta ringgit dalam bentuk tanah kerajaan telahpun dibayar kerajaan DAP 5 tahun dahulu.

Projek 100% swasta kondo-kondo mewah bernilai berbilion-bilion milik syarikat terowong atas tanah diberi kerajaan DAP telahpun dah siap dan selesai dijual. Untung besar sudah kaut.

Sehingga syarikat terowong itu mampu membayar wang tunai sebanyak RM19 juta untuk cubaan menghentikan siasatan SPRM ke atas mereka.

Namun kerajaan DAP tak pernah denda syarikat terowong itu ataupun batalkan krontrak walaupun tempoh 7 tahun sudah berlalu tanpa sebarang pembinaan sejak kontrak diberi.

Kerajaan DAP amat baik hati.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157172514220952/

Leave a Reply