Nampaknya program vaksinasi Amerika Syarikat hampir selesai dan mereka sudah…

Nampaknya program vaksinasi Amerika Syarikat hampir selesai dan mereka sudah selesa bahawa bekalan vaksin sedia ada mereka sudah cukup untuk warga mereka.

Kadar vaksinasi mereka sudah jatuh dari hampir 4 juta dos sehari ke sekitar 2.7 juta dos sehari manakala semakin banyak wilayah umum bahawa warga berumur 16 tahun ke atas yang mahu terima vaksin tidak lagi perlu membuat temujanji.

Cuma datang ke mana-mana lokasi vaksinasi sahaja.

Sebab itu, Amerika Syarikat umum semalam bahawa mereka akan beri 60 juta dos vaksin jenis AstraZeneca yang mereka sudah terima dan tidak akan guna lagi kepada negara-negara lain.

(60 juta dos ini sahaja sudah cukup untuk seluruh negara kita)

Selain vaksin jenis AstraZeneca, Amerika Syarikat sebenarnya ada stok berlebihan untuk vaksin jeinis Pfizer dan Moderna.

Jika hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat masih baik, kerajaan boleh cuba berunding dengan Amerika untuk membeli vaksin dari stok kerajaan mereka agar kadar vaksinasi Malaysia boleh dipercepatkan.

Selain negara Amerika Syarikat, negara United Kingdom juga antara negara yang dijangka akan selesai dengan program vaksinasi mereka dan akan ada stok atau tempahan berlebihan yang tidak dapat digunakan.

Tak salah untuk cuba. Belum cuba, belum tahu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157852657055952/

Leave a Reply