Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Dua Hari - Najib Razak
News_archive

Najib Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Dua Hari

SINGAPURA, 21 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di negara bandar raya ini Khamis untuk melakukan lawatan rasmi dua hari.

Perdana Menteri dan isteri tiba di hotel Ritz Carlton dengan menaiki kereta menerusi Laluan Kedua di Tuas selepas menghadiri dua acara rasmi di Nusajaya, Johor.

Turut menyertai rombongan itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Ketibaan Najib di hotel itu disambut oleh Menteri Pembangunan Negara Singapura Mah Bow Tan selaku menteri pengiring semasa lawatan itu yang bermula secara rasmi esok.

Petang ini, Perdana Menteri bermain golf bersama Menteri Penyelaras Keselamatan Negara dan Menteri Kanan Singapura Prof S. Jayakumar di Sentosa Island Golf Club.

Ini disusuli dengan mesyuarat pra-majlis bersama delegasi Malaysia yang turut disertai Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa.

Malam ini, Najib dan isteri akan menghadiri jamuan malam tertutup yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Sumber : Bernama

Leave a Reply