Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Tiba Di Jakarta Untuk Hadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-18 - Najib Razak
News_archive

Najib Tiba Di Jakarta Untuk Hadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-18

Sorry this entry isn’t available in the selected language

JAKARTA, 6 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tiba di sini Jumaat malam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-18 selama dua hari, bermula Sabtu.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma disambut Menteri Pendidikan Nasional Indonesia Muhammad Nuh, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan para pegawai-pegawai kanan kedutaan.

Najib akan mengetuai delegasi Malaysia dalam lima mesyuarat sidang kemuncak itu — Sidang Pleno dan Permukiman, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean dengan Wakil Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA), Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Asean dengan Wakil Belia, Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Asean dengan Wakil Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Sidang Kemuncak Ke-7 Segi Tiga Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Sidang kemuncak yang bertemakan Komuniti Asean Dalam Komuniti Global ini antara lain dijangka membincangkan perkara berkaitan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), yang merupakan isu penting berikutan penyertaan Rusia dan Amerika dalam EAS mulai tahun ini.

Para pemimpin berkenaan juga dijangka membincangkan tentang bagaimana negara anggota Asean dapat menyuarakan pandangan mereka secara senada, sekata dan tegas mengenai isu global, di samping bertukar-tukar pandangan mengenai perkara kepentingan bersama, termasuk cara untuk meningkatkan langkah keselamatan nuklear di rantau ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply