News_archive

Najib Rai Ban Ki-moon Pada Majlis Jamuan Tengah Hari

Sorry this entry isn’t available in the selected language

PUTRAJAYA, 22 Mac (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor meraikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon serta isteri Ban Soon-Taek pada majlis jamuan tengah hari di Seri Perdana di sini Khamis.

Majlis di kediaman rasmi Perdana Menteri itu diadakan sempena lawatan rasmi dua hari Ban ke Malaysia.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, kedua-dua Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot dan A Kohilan Pillay, Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hussein Hannif serta pegawai kanan serta petugas PBB yang mengiringi Ban.

Pada majlis itu, anggota delegasi berkenaan dihiburkan dengan persembahan tujuh buah lagu oleh 17 pelajar Permata Seni Muzik berusia 8 hingga 14 tahun.

Ini merupakan kunjungan sulung Ban ke Malaysia sejak menyandang jawatan itu pada 1 Jan 2007. Beliau dipilih semula dengan sebulat oleh Perhimpunan Agung PPP pada tahun lepas untuk mentadbir badan dunia itu sehingga 31 Dis 2016.

Sumber : Bernama

Leave a Reply