News_archive

Najib Dibenarkan Keluar Hospital

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu dibenarkan pulang daripada Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan lutut kirinya yang cedera akibat bersukan.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan perkarangan hospital pada 12.30 tengah hari.

Najib, yang kelihatan sihat dan santai dengan kemeja lengan pendek berwarna hijau cair, sempat melambai tangan kepada beberapa jurufoto dan jurukamera yang menantinya di perkarangan Wad Diraja HKL.

Beliau menjalani pembedahan lutut kirinya melalui pembedahan “arthoscopic” pada Isnin lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata para doktor pakar yang melakukan pembedahan itu berpuas hati dengan hasil pembedahan serta perkembangan pemulihan Perdana Menteri yang telah mula berjalan sejak semalam.

“Perdana Menteri yang pulang ke rumah tengah tari tadi untuk berehat, akan terus menyambung sesi pemulihan untuk beberapa hari lagi,” katanya.

Najib dijangka memulakan tugas pada minggu hadapan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply