News_archive

Najib Beri Reaksi Positif Pembinaan Lapangan Terbang Baru Lawas – Awang Tengah

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KUCHING, 13 Mei (Bernama) — Permohonan kerajaan negeri Sarawak bagi pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Lawas, daerah paling utara di Sarawak, mendapat reaksi positif dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini berkata sekiranya lapangan terbang baru itu siap kelak, ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk Lawas, malah penduduk di bahagian selatan Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

“(Cadangan pembinaan lapangan terbang baru) ini telah kita kemukakan kepada Perdana Menteri dan kita sudah ada bayangan ianya akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas menjadi tetamu rancangan “Selamat Pagi Malaysia” terbitan Radio Television Malaysia (RTM) di sini.

Menurutnya, kerajaan negeri sudah mengenal pasti tapak untuk pembinaan lapangan terbang baru itu yang dicadangkan untuk menampung pendaratan pesawat jenis ATR-72.

Lapangan terbang yang sedia ada sekarang di Lawas hanya mampu mengendalikan pesawat kecil jenis Twin Otter, katanya.

Source : Bernama

Leave a Reply