Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Minggu lepas, saya pernah saran kerajaan PN untuk mempercepatkan dan... - Najib Razak

Minggu lepas, saya pernah saran kerajaan PN untuk mempercepatkan dan…

Minggu lepas, saya pernah saran kerajaan PN untuk mempercepatkan dan memperbanyakkan projek-projek infrastruktur bagi menyokong ekonomi negara pada masa krisis Covid ini.

Saya kata, kadar pertumbuhan pelaburan kerajaan pada masa kini tidak boleh negatif seperti dilaporkan BNM minggu lepas.

Saya juga beri amaran bahawa jika pihak swasta tak melabur tahun ini dan kerajaan juga tak melabur, siapa lagi yang akan melabur pada masa peluang pekerjaan dan pemangkin ekonomi amat diperlukan?

Selain mempercepatkan projek-projek BN yang masih berjalan seperti LRT3, MRT2, Pan Borneo Highway dan ECRL, kerajaan boleh meneruskan projek yang dibatal atau diperlambatkan PH seperti MRT3, RTS Johor-Singapura dan HSR.

Saya juga seru kerajaan melancarkan projek baru di mana pulangan ekonominya terjamin seperti projek solar atas empangan.

Satu lagi projek yang sudah tentu memberi pulangan serta meningkatkan keselamatan negara ialah projek tembok sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Saya telah pun mencadang, berunding dan mendapat persetujuan untuk membina tembok.

MOU pun dah tandatangan:
https://www.nst.com.my/news/2016/08/169278/malaysia-thailand-ink-mous-during-pm-najibs-visit

Selepas itu, jawatankuasa-jawatankuasa dwi negara dah banyak kali bermesyuarat dan memperhaluskan projek.

Fasa pertama dah sedia dilancarkan pada bulan Mac 2018 sebelum PRU14

16 MAR 2018: Deal struck with Malaysia to build border wall in Songkhla
https://www.bangkokpost.com/world/1428950/deal-struck-with-malaysia-to-build-border-wall-in-songkhla

Cuma tunggu masa untuk mula pembinaan.

Tapi masuk PH pulak, mereka hentikan projek dengan alasan kos pembinaan RM1 juta setiap kilometer terlalu mahal.

PH kata kos RM640 juta untuk tembok yang panjangnya 640km adalah boros.

Tapi PH tak fikir apa manfaat dan nilai sebenar manfaat yang negara terima dengan keselamatan yang dipertingkatkan.

Berapa banyak jenayah boleh dihentikan? Berapa ringgit cukai yang kita akan terima dan berapa besar nilainya subsidi negara yang dijimatkan akibat menghentikan aktiviti penyeludupan?

Tapi, kos lebuhraya PIL Pulau Pinang projek kesayangan Menteri Kewayangan dengan harga RM9 bilion untuk 19.5 km atau RM460 juta setiap km yang banyak menguntungkan kroni terowong yang juga dapat projek berasingan RM6.3 bilion, dorang tak cakap mahal atau boros pulak.

Siap diberi kelulusan peruntukan sebanyak RM46 bilion oleh PM ke-7 melalui surat kepada ketua menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada bulan Oktober 2019.

“Chow said bonds guaranteed by federal government as proposed by Tun Mahathir in letter received by state government dated Oct 15.”
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/11/536743/penang-set-spv-issue-bonds-lrt-project

Baca sekali lagi bagaimana kroni-kroni depa kaut bepuluh bilion duit Rakyat:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156580929675952

Memandangkan semua kelulusan dan kertas kerja projek sudah siap, kerajaan PN patut melancarkan projek ini serta-merta.

Negara Thailand yang juga bimbang bersama kita tentang risiko penularan Coivd melangkau sempadan tentu akan bersetuju.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156923815255952/

Leave a Reply