Minggu lepas, PM7 suruh saya beri bukti bahawa anak dia pernah berniaga dan…

Minggu lepas, PM7 suruh saya beri bukti bahawa anak dia pernah berniaga dan pernah ada kontrak dengan kerajaan semasa dia PM.

Sebab itu, saya terus tunjuk bukti.

Pada tahun 1996, Bursa Saham Malaysia diramal akan naik.

Antara sebabnya adalah syarikat-syarikat berhubung Daddikasi.

Satu syarikat tersenarai tersebut ialah syarikat Artwright di mana seorang anak muda nama Mirzan berumur 37 tahun memiliki kepentingan saham 25%.

“21 JUN 1996: MIRZAN NOW SIGNIFICANT SHAREHOLDER OF ARTWRIGHT”
http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1996ko/mirzan%20now%20significant%20sharehol.pdf

Sebab itu, harga saham melonjak naik.

Disenaraikan di Bursa Malaysia pada bulan Mei 1996 dengan harga RM3.90.

Lima bulan kemudian, harga saham dah cecah RM11.00.

Sebab utama harga saham melonjak naik begitu laju?

Kerana dengan Mirzan sebagai pemegang terbesar, syarikat itu dijangka akan memenangi kontrak untuk membekal semua perabot untuk projek-projek kesayangan ayahya termasuk bangunan KLCC milik Petronas serta pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya yang sedang dibina masa itu.

Dan akhirnya kontrak-kontrak tersebut diberi juga kepada mereka.

Mirzan anak siapa dan siapa PM pada tahun 1996?

KLCC, Petronas dan Putrajaya itu milik siapa?

Ayah buat projek. Anak bekal untuk projek.

PM7 masih mahu menipu bahawa anak-anak dia tak pernah berniaga dalam Malaysia dan tak pernah menang kontrak-kontrak kerajaan semasa dia PM?

Sebelum, penyokong-penyokong PM7 kata: “Eh.. itu spekulasi saja Artwright akan menang kontrak. Tunjuklah bukti syarikat itu benar-benar menang kontrak Petronas-KLCC dan Putrajaya”, saya nak nasihatkan bahawa syarikat itu adalah syarikat tersenarai.

Semua kontrak yang dimenang akan diumumkan.

Sebab itu, bukti-bukti syarikat itu menang kontrak ada dimerata-rata termasuk dalam laporan tahunan syarikat tersebut.

Ini interview CEO Artwright tahun 2003 di mana dia mengaku syarikat itu telah menang projek-projek Putrajaya, Petronas dan KCC.

“Its local customers include the government offices in Putrajaya, Petroliam Nasional Bhd, Maxis, Unisys and KLCC.”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2003/07/14/improving-economy-to-boost-artwright-orders/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157166799450952/

Leave a Reply