Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Mengikut laporan terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah orang yang... - Najib Razak

Mengikut laporan terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah orang yang…

Mengikut laporan terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah orang yang tiada kerja sudah tambah lebih 250,000 orang dari 508.2 ribu pada akhir 2019 ke 764.4 ribu pada akhir bulan November 2020.

Namun jumlah penganggur tidak memberi gambaran yang sebenar sebab kita juga perlu tengok jumlah pendapatan mereka yang masih ada kerja.

Mengikut data rasmi terbaru dikeluarkan BNM, jumlah pendapatan bulanan pekerja termasuk bonus, OT serta elaun untuk sektor pembuatan (iaitu sektor terbesar negara) yang menaik dengan konsisten masa BN telah menunjukkan trend penurunan yang ketara sejak 3 tahun lalu.

Data BNM (Average salaries and wages per employee in manufacturing sector): https://www.bnm.gov.my/documents/20124///e2bb6c3a-bfa3-37af-5292-ada28387393d/

Trend penurunan ini bermula sejak PRU14 dan berterus pada masa pandemik.

Purata pendapatan bulanan bagi Nov 2020 hanya RM3,275 iaitu penurunan sekitar RM600 sebulan atau 20% lebih rendah berbanding RM3,863 pada Disember 2018.

Sebab itu, sebarang dasar dan langkah kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan perlu juga memberi tumpuan untuk pulihkan semula trend kenaikan pendapatan bulanan rakyat Malaysia yang sudah U-turn sejak PRU14 agar Malaysia masih boleh mencapai status negara pendapatan tinggi pada masa depan.

Kita perlu lebih fokus kepada Rakyat dan bukan hanya kepada kroni atau golongan pemilik syarikat sahaja.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157617118060952/

Leave a Reply