Memang benar bahawa pengeluaran akaun 1 KWSP bagi mereka di bawah kategori 1…

Memang benar bahawa pengeluaran akaun 1 KWSP bagi mereka di bawah kategori 1 yang telah ditambahbaik minggu ini banyak memberi manfaat kepada pelbagai pihak.

Ini yang kami tuntut sejak bulan Oktober lalu walaupun PM8 kata ianya “sukar” untuk dilakukan pada masa itu.

Sekarang cuma tinggal pengeluaran di bawah kategori 2.

Perlu ditambah baik dengan tidak lagi meletakkan syarat dan tidak lagi perlukan bukti dokumen diserah ahli.

Supaya 4 juta ahli tidak perlu beratur di opis KWSP pada masa pandemik untuk serah 12 juta helai dokumen.

Supaya KWSP tidak perlu proses 12 juta dokumen dan proses pengeluaran tidak dilambatkan.

Supaya mereka yang pohon bawah kategori 2 tidak perlu tunggu sehingga 3 bulan sebelum menerima bayaran pertama.

Bahagian last sahaja. Iaitu kategori 2.

Selepas ianya diperbetulkan, kita move on.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157532439125952/

Leave a Reply