Memandang Tugu Negara semalam, saya diselubungi perasaan sebak, wajah para…

Memandang Tugu Negara semalam, saya diselubungi perasaan sebak, wajah para perwira kita yang telah terkorban dalam usaha memelihara keamanan dan keharmonian negara bermain di fikiran saya.

Ramai dalam kalangan kita lalai, ambil mudah kemerdekaan dan keamanan yang kita ada pada hari ini, walhal untuk mengecapinya bukan perkara mudah. Para perwira kita berkorban nyawa, bermandi darah untuk mencapai dan mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian yang kita ada hari ini.

Mari kita ambil sedikit masa, kita ucapkan terima kasih dan sedekahkan Al-Fatihah kepada perwira-perwira kita yang telah pergi dahulu sebelum kita.

Terima kasih para perwira, Al-Fatihah.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10153751795345952/?type=3

Leave a Reply