Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia mengumumkan kadar pertumbuhan... - Najib Razak

Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia mengumumkan kadar pertumbuhan…

Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia mengumumkan kadar pertumbuhan ekonomi (KDNK) bagi suku ke-4 pada minggu lepas.

Trend yang kita perhatikan adalah:

1. Pertumbuhan ekonomi Thailand paling sukar untuk pulih sebab kebergantungan negara itu kepada sektor pelancongan, yang juga sektor paling terjejas dalam pandemik Covid, adalah paling tinggi.

2. Kadar KDNK Malaysia kedua paling teruk bagi suku 4 2020. Paling terjejas ialah Thailand. Malaysia pula paling teruk bagi suku 2 2020.

3. Hanya Malaysia satu-satunya yang masih tunjuk trend bertambah teruk pada suku 4. Yang lain tunjuk trend pemulihan dengan kadar penyusutan ekonomi lebih rendah.

Antara empat negara ini, ramai pakar ekonomi (dan saya) juga ramal prestasi ekonomi Malaysia akan menjadi paling teruk antara empat negara ini bagi suku pertama tahun 2021 (dan lebih rendah berbanding Q4 2020) sebab kita satu-satunya sahaja yang melaksanakan PKP dan darurat.

(Pada tahun 2017 sebelum PRU14, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah paling tinggi antara empat negara ini. Tapi geng sebelah sana tipu rakyat bahawa kita bakal muflis di bawah Najib-BN)

Ini bukan fitnah. Ini bukan propaganda.

Ini data rasmi dikeluarkan kerajaan.

Dan jangan fikir ianya sekadar nombor atas kertas sahaja.

Sebab ianya memberi impak negatif kepada kesejahteraan dan peluang pekerjaan berpuluh juta Rakyat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157703607280952/

Leave a Reply