Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Malaysia Mesti Labur Dalam Biomas Minyak Sawit Untuk Penuhi Matlamat Global Ke Arah Ekonomi Hijau - Najib Razak
News_archive

Malaysia Mesti Labur Dalam Biomas Minyak Sawit Untuk Penuhi Matlamat Global Ke Arah Ekonomi Hijau

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) — Malaysia perlulah mengenal pasti dan melabur dalam peranan khusus dan penerajuannya dalam industri minyak sawit mampan bagi memanfaatkan komoditi itu menerusi inovasi dan seterusnya menjana kekayaan baharu untuk ekonomi, kata profesor dari universiti penyelidik teknikal Belanda terkenal Selasa.

Profesor Dr Ir. Luuk A.M. van der Wielen dari Universiti Teknologi Delft, Belanda berkata, dengan mengambil peranan khusus ini, Malaysia juga mampu menyerap teknologi dan pelaburan antarabangsa.

Dalam proses itu, sudah jelas negara dapat memenuhi tanggungjawab globalnya dan bergerak pantas ke arah ekonomi hijau, kata Dr van der Wielen, profesor jemputan di Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia kepada Bernama dalam temuramah e-mel.

Beliau juga berkata dengan kedudukannya sebagai peneraju dalam minyak sawit mampan, Malaysia mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk inovasi seterusnya.

Mengulas mengenai pelancaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas beberapa projek terpilih bagi Inisiatif Penjanaan Kekayaan Baru dan Pembangunan Eko-sistem Negara Melangkaui 2021, termasuk hala tuju biomas minyak sawit Malaysia, beliau berkata penggunaan biomas sawit menambahkan nilai dan kemampanan seterusnya kepada aktiviti ekonomi sedia ada yang lebih penting yang berkisar dengan minyak sawit.

Dr van der Wielen juga berkata ia mewujudkan situasi “menang-menang” untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti ini, dalam minyak sawit serta industri-industri lain termasuk pekerja dalam rantaian nilai minyak sawit yang semakin berkembang, begitu juga dengan persekitaran.

Bagaimanapun, beliau menekankan banyak yang boleh dipelajari, contohnya, dalam industri gula Brazil dengan sistem-sistemnya yang berbeza dalam penuaian, pemprosesan biomas, zat dan pulangan karbon.

Beliau memberi contoh bagaimana Konsortium Biomas Minyak Sawit akan membantu untuk terus membangunkan kedudukan kepimpinan Malaysia dalam minyak sawit dan pada masa yang sama memanfaatkan pembangunan antarabangsa.

Dr van der Wielen, yang merupakan pengarah BE-Basic, kerjasama awam-swasta yang melaksanakan program inovasi dan penyelidikan berkata bengkel-bengkel bersama telah mendemonstrasikan kesanggupan yang tidak terhingga untuk strategi yang dipanggil “inovasi terbuka”, di mana kerjasama yang disasarkan boleh menjadi “satu campur satu jadi tiga”.

“Beberapa syarikat telahpun membuat eksperimen/ujikaji dengan pemangkasan bersama dan membawa ternakan lembu dan ternakan lain ke dalam perladangan, tetapi kita tidak sedar mengenai kajian sistematik untuk menghubungkan kesemua ini ke dalam satu bentuk yang penting dan berskala besar dan seterusnya memahani kesan total ekonomi makro dan ekologikal,” kata beliau.

Dr Van der Wielen berkata secara dasarnya keseluruhan rangkaian global biopembersihan dan teknologi pengubahan biomas seperti pra-rawatan biomas dan hidrolisis, pengasingan, pemangkinan kimia serta teknologi pengurusan tanah telah ada, tetapi, kadangkala belum lagi diterokai dan dilaksanakan oleh peserta Malaysia.

Rancangan biomas minyak sawit boleh dimanfaatkan ke atas teknologi domestik dan antarabangsa dan membantu mempercepatkan proses inovasi dalam sektor sawit,” kata beliau.

Ditanya mengenai kesan dari segi kos teknologi biomas minyak sawit, beliau berkata, “Jelas sekali, OPBC akan memberi tumpuan kepada pembangunan yang akhirnya menjadi lebih berdaya maju secara ekonominya.”

Beliau berkata kajian serentak kesan ke atas makro ekonomi amat penting dan pada masa yang sama mewujudkan hala tuju teknologi dan inovasi untuk membantu industri dan membimbing rakan akademik serta menilai yang mana satu teknologi harus dipilih — yang mana mempunyai potensi pengurangan kos dan yang mana mempunyai potensi yang realistik.

Di celah-celah ikhtiar seumpama itu, beliau bagaimanapun berkata yang harga-harga minyak sawit yang tinggi “merupakan satu kelebihan dan satu ancaman.”

“Ia menjana pendapatan yang banyak untuk industri hari ini, yang mempunyai sumber yang terhad untuk mengimbangi antara perniagaan seperti biasa dan senario yang lebih berisiko yang menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi.

“Memberi fokus kepada satu produk sahaja, iaitu minyak sawit mempunyai risiko kerana harga minyak sawit dengan mudahnya boleh turun semula,” kata beliau.

Sehubungan itu, kepelbagaian dalam rangkaian produk ialah cara ke hadapan untuk mewujudkan model perniagaan yang lebih stabil.

Sumber : Bernama

Leave a Reply