Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Malaysia merekod 2,188 kes baru Covid semalam. Ianya hampir sekali ganda... - Najib Razak

Malaysia merekod 2,188 kes baru Covid semalam. Ianya hampir sekali ganda…

Malaysia merekod 2,188 kes baru Covid semalam.

Ianya hampir sekali ganda jumlah kes 1,118 dicatat di negara Filipina yang merupakan antara negara paling terkesan di rantau ASEAN.

Ini adalah hari kedua jumlah kes baru Covid Malaysia melebihi Filipia.

Thailand cuma catat 2 kes baru manakala Singapura melaporkan 18 kes – namun kesemuanya adalah kes import.

Setelah tidak mengesan sebarang kes penularan tempatan dalam tempoh 2 minggu lalu, Singapura umum mereka tiada lagi kluster aktif Covid – iaitu pertama kali sejak 3 Feb 2020.

Di Malaysia pula, bilangan kluster aktif semakin meningkat.

Setakat semalam, Malaysia sedang melawan 167 kluster aktif.

Jumlah kes Covid kita sudah melebihi Singapura.

Realitinya ialah kita tidak boleh claim lagi bahawa kita antara negara paling berjaya melawan Covid.

Jadi, kita semua perlu lebih berusaha untuk putuskan rantaian Covid-19.

Ikut SOP, amalkan 3W, elak 3S, duduk di rumah jika tiada urusan penting dan elak untuk rentas negeri jika tiada keperluan mendesak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157512757130952/

Leave a Reply