Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Mahfuz, jika RM91 juta setiap KM dibuat dari emas maka kos RM385 juta setiap... - Najib Razak

Mahfuz, jika RM91 juta setiap KM dibuat dari emas maka kos RM385 juta setiap…

Mahfuz, jika RM91 juta setiap KM dibuat dari emas maka kos RM385 juta setiap KM dibuat dari apa?

Berlian?

Semasa PH menyerang projek ECRL sebelum PRU14 untuk tuduh projek itu banyak rasuah untuk menutup “kerugian” 1MDB, PH tuduh kos ECRL yang mereka kira sebagai RM91 juta setiap kilometer adalah terlalu mahal.

(Sebenarnya, kos sebenar ECRL masa BN adalah RM79.9 juta setiap KM kerana akhbar The Edge buat artikel menipu dengan mengira kos RM55 bilion dengan jajaran 602 km sahaja. Mereka lupa untuk kira kos jajaran sampingan (spur lines) yang menjadikan jumlah panjang ECRL menjadi 688km)

Selepas PRU14 pula, kerajaan PH telah meluluskan dana untuk membina projek lebuhraya PIL yang panjangnya 19.5km di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan DAP tak mengaku kos projek adalah sebanyak RM9 bilion (RM461 juta setiap km).

Mereka kata kos cuma RM7.5 bilion sahaja – atau RM385 juta setiap km.

Sebab itu, saya nak tanya bekas Menteri PH yang pernah difitnah pandai ini.

“Saya difitnah ada ijazah – Mahfuz”
https://www.malaysiakini.com/news/463675

Soalannya:

Jika RM91 juta setiap KM dibuat dari emas maka kos RM385 juta setiap KM dibuat dari apa?

Berlian?

Atau dibuat dari kari kepala ikan Mat Sabu yang nilainya tiada bandingan?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157193958210952/

Leave a Reply