Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Lim Guan Eng pengecut! Bacul! Untuk hari kedua dia sempat lagi nak cuba... - Najib Razak

Lim Guan Eng pengecut! Bacul! Untuk hari kedua dia sempat lagi nak cuba…

Lim Guan Eng pengecut! Bacul!

Untuk hari kedua dia sempat lagi nak cuba troll tentang isu cukai saya walaupun dia sedang dalam sesi soalsiasat SPRM.

Semalam saya cabar dia bersemuka dengan saya untuk meneliti dokumen-dokumen tuntutan cukai, dia tak jawab.

Hari ini dia ulang lagi propaganda dia.

Baiklah.

Saya ulang cabaran dan penjelasan saya semalam:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157234817885952
—-
LHDN di bawah Kementerian Kewangan.

LHDN yang buat tuntutan terhadap saya itu adalah semasa dia Menteri Kewangan dan Tony Pua pula ialah penasihat untuk LHDN.

Sebab itu, saya cabar dia untuk buat sesi penerangan live bersama saya.

Saya nak tanya dia kenapa dana yang disebut RM2.6b masih dikira sebagai pendapatan walaupun telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.

Dan lepas itu, ianya dikenakan denda penalti 45% + 10% + 5% pulak sehingga sampai ke RM1.7 bilion.

Saya nak tanya dia jika ini satu bentuk salahguna kuasa kerajaan untuk menekan lawan politik dan siapa yang terlibat.

Saya nak dia jelaskan kenapa permohonan saya kepada Panel rayuan cukai pada April 2019 untuk mempertikaikan tuntutan cukai ini tidak pernah dibenarkan walaupun ini adalah hak pembayar cukai di bawah akta cukai.

Beranikah dia nafikan perkara-perkara di atas?

Beranikah dia bersemuka dengan saya untuk bersama-sama meniliti dokumen-dokumen tuntutan cukai zaman dia ke atas saya secara live?

Posting Guan Eng hari ini:
https://www.facebook.com/127235530639890/posts/3676971408999600/?d=n

Posting Guan Eng semalam:
https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/3674229899273751



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157237401580952/

Leave a Reply