BlogFeatured Articles

Lawatan Kerja ke Terengganu 15 & 16 April 2017

Alhamdulillah, banyak yang telah kita dicapai dalam lawatan saya ke Terengganu pada minggu lepas. telah selesai dengan jayanya. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sambutan yang diberikan semasa lawatan tersebut.

Kini, Terengganu terus membangun dengan infrastruktur moden dan hubungan jalan raya yang baik. Saya yakin dengan usaha serta kerjasama yang rapat di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri, potensi negeri Terengganu akan dapat direalisasikan.

Konsep Transformasi Terengganu Baharu yang diamalkan oleh kerajaan negeri sejajar dengan visi dan misi kerajaan pusat dalam membangunkan Malaysia, yakni pembangunan haruslah bersifat inklusif dan suara rakyat adalah suara keramat.

Dalam lawatan ini, saya berpeluang untuk bersama dengan puluhan ribu rakyat bukan sahaja untuk mendengar masalah mereka tetapi turut membawa berita gembira.

Antaranya:
1) 500 buah unit di PPR Bukit Nanas di Kuala Nerus, 229 unit Rumah Idaman Rakyat di Paka dan 200 Rumah Bina Negara akan dibina bagi memastikan rakyat Terengganu mempunyai kediaman yang selesa,

2) Kelulusan sebanyak RM60 juta untuk pembangunan Pasar Payang,

3) 246 orang bakal menerima manfaat pemberian geran tanah,

4) 1,000 orang akan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat,

5) 1,040 nelayan menerima bantuan kos sara hidup,

6) 12,718 orang akan menerima bantuan transformasi orang muda dan 14 buah sekolah akan menerima bantuan tuisyen rakyat.

Nasib nelayan di kawasan Besut juga akan lebih terjamin apabila Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut siap sepenuhnya pada tahun 2019. Selain memudahkan laluan keluar masuk bot nelayan dan pelancong serta mengurangkan risiko banjir dan hakisan pantai, projek ini bakal menggalakkan industri pelancongan lantas meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Lebih-lebih lagi apabila Kuala Besut adalah satu gateway kepada pulau-pulau yang cantik seperti Pulau Perhentian.

Sesungguhnya kesemua usaha ini adalah antara bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional merupakan sebuah kerajaan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat. Kejayaan BN dalam membangunkan negara telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ketika saya mengiringi Raja Salman dalam lawatan ke negara ini, baginda berbisik kepada saya bahawa beliau telah pastikan Malaysia merupakan negara pertama yang akan dilawati.

Jepun juga kagum dengan kejayaan kita membawa pulang sembilan rakyat Malaysia daripada Pyongyang. Mereka juga menghadapi situasi yang sama dengan Kerajaan Korea Utara dan sehingga kini masih tidak tahu nasib yang menimpa rakyat mereka.

Keseluruhannya, saya gembira dengan kemajuan yang telah kita kecapi sebagai sebuah negara dan Terengganu sudah tentunya memainkan peranan yang penting.

Saya memberi jaminan bahawa tiada negeri yang akan ketinggalan dalam arus transformasi negara di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.

Terengganu mempunyai masa depan yang cerah lebih-lebih lagi apabila projek Landasan Keretapi Pantai Timur siap kelak. Nilai ekonomi Terengganu dianggarkan bertambah sebanyak 1.5% dan sudah semestinya rakyat Terengganu akan menerima manfaat dari segi penambahan peluang pekerjaan dan peningkatan kualiti hidup, Insya-Allah.

Leave a Reply