News_archive

Langkah Positif Semai Rasa Cintakan Negara Oleh Pengamal Media

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Perkembangan media hari ini yang semakin lama semakin berhadapan dengan pelbagai masalah dan ranjau memerlukan kewujudan langkah-langkah positif bagi menyemai rasa cinta kepada negara oleh pengamal media.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ia bagi memastikan pengamal media dapat dipertanggungjawabkan dengan nilai tersebut.

“Satu-satu media yang bertanggungjawab tentu sekali menerima anjakan atau sambutan bagi kita untuk membina 1Malaysia dalam apa jua cara dan kaedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama media yang dihoskan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini Isnin.

Katanya Bernama yang dipertanggungjawabkan merancang dan menjalankan pelbagai dasar media yang dipersetujui kerajaan, sejak dua tahun setengah lalu telah berjaya menangani pelbagai cabarannya.

Antaranya menghapuskan bebanan hutangnya sejak dua setengah tahun lalu.

“Bernama juga sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran, salah satu daripadanya adalah dengan menyamakan perjuangan medianya dengan media cetak, eletronik, apatah lagi media sosial yang sedang rancak berjalan dan berkembang di persekitaran kita,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply