Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ketua Penerangan PPBM laju buat poster propaganda hari itu untuk puji... - Najib Razak

Ketua Penerangan PPBM laju buat poster propaganda hari itu untuk puji…

Ketua Penerangan PPBM laju buat poster propaganda hari itu untuk puji kerajaan PN berjaya turunkan Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt.

Tapi setelah kadar ini mengalami trend menaik semula sejak dari lebih 2 minggu lepas, dia tak update pula poster propaganda PN.

Pagi ini, KKM umum kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt naik sekali lagi ke 1.05 walaupun seluruh negara sudah dikenakan PKP 3.0 hampir dua bulan dan kononnya sebulan di bawah FULL Lockdown.

Kadar ke atas paras neutral 1.0 bermakna kes baru dalam trend meningkat dengan pesat.

Kadar turun, mereka laju puji diri.

Tapi apabila kadar ini naik hampir tiap-tiap hari, kerajaan buat-buat tak nampak pula.

Seolah-olah Data dan Sains serta kelangsungan hidup Rakyat tak penting.

Siapa boleh bantu tanya PPBM bila nak update poster propaganda mereka berhubung ini?
https://www.facebook.com/wansaifulwanjan/posts/1945072292315896



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157984232895952/

Leave a Reply