Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ketika merangka dasar untuk membantu Rakyat, kerajaan PN perlu tahu bahawa... - Najib Razak

Ketika merangka dasar untuk membantu Rakyat, kerajaan PN perlu tahu bahawa…

Ketika merangka dasar untuk membantu Rakyat, kerajaan PN perlu tahu bahawa apa-apa dasar yang dikatakan bersasar perlu ambil kira pengurangan pendapatan Rakyat dan bukan hanya kepada mereka yang kehilangan kerja sahaja.

Kerajaan juga perlu sedar bahawa sebelum krisis Covid bermula, ekonomi negara sudah terjejas di bawah Gagalkrasi PH sehingga menjadi paling lemah sejak 11 tahun lalu.

Data dalam graf bagi purata gaji bulanan sektor pembuatan ini diambil dari statistik rasmi BNM di sini:
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=254&ac=1&bb=average_salarieswages

Mereka yang bernasib baik sebab tidak dibuang kerja juga terjejas akibat gaji yang boleh diguna pakai (take-home pay) mereka telah menurun sejak PRU14 pada ketika harga barang termasuk barang dapur semakin naik.

Gaji kebanyakan sektor seperti pembuatan, runcit, pelancongan dan sebagainya bukan setakat gaji asas sahaja. Malah ada yang turut dipotong gaji asas pada krisis Covid ini.

Juga perlu mengambil kira komisyen, overtime dan bonus yang telah berkurang.

Jika mahu bersasar pun, perlu juga mengambil kira pendapatan mereka yang telah menyusut – bukan setakat bagi golongan yang hilang kerja atau perniagaan dihentikan sahaja.

Oleh sebab itu golongan yang pendapatan mereka berkurang ada di mana-mana sektor, ianya amat sukar untuk menyasarkan mereka.

Pada ketika pendapatan mereka berkurang, komitmen bulanan mereka tetap tinggi. Malah beban bulanan akan semakin naik apabila harga barang keperluan naik.

Sekali lagi, apabila gaji boleh diguna berkurangan, maka kitaran ekonomi domestik terjejas dan ia mencetuskan kesan domino kepada sektor sektor lain.

Kerajaan perlu pastikan mereka tidak tercicir.

Jadi, langkah seperti lanjutan moratorum pinjaman dan kebenaran bagi pengeluaran RM10k dari KWSP adalah lebih elok diberi secara pukal kerana ia akan mencakupi pelbagai sektor.

Biarkan mereka yang tak perlu moratorium buat keputusan untuk terus membayar ansuran pinjaman. Jika perlu, berilah sedikit insentif seperti diskaun faedah untuk mereka yang terus membayar.

Dan mereka yang tak perlu atau tidak mahu keluarkan duit dari akaun 1 KWSP tidak akan memohon pun.

Sebab itu, dasar secara automatik dan secara pukal adalah diperlukan.

Iaitu memberi pilihan bagi mereka untuk memilih tidak dibantu atau “opt out” adalah lebih elok berbanding dengan memerlu mereka memohon, mengisi pelbagai borang dan memberi pelbagai bukti untuk mendapat bantuan (opt-in).



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157489428010952/

Leave a Reply