Kes SRC bersambung sejak semalam. “Katanya, pendakwaan juga gagal…

Kes SRC bersambung sejak semalam.

“Katanya, pendakwaan juga gagal membuktikan Najib mempunyai sebarang kawalan dalam melakukan pemindahan RM42 juta dana SRC ke akaunnya.”

Harvinderjit juga menarik perhatian pendakwaan juga gagal memberi fokus dengan bukti diketengahkan oleh pembelaan terhadap tandatangan Nik Faisal dan bekas Pengarah 1MDB, Datuk Suboh Md Yassin.

Itu berkaitan dengan isu tandatangan dipalsukan dalam enam surat arahan kepada bank yang menyebabkan RM50 juta dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.

“Bagaimana sebenarnya enam surat arahan ini wujud? Enam surat arahan yang disampaikan kepada bank untuk memindahkan RM50 juta dan diletakkan ke dalam akaun Najib. Kami hendak tahu, mananya CBT oleh Najib di sini?

“Pendakwaan dengan senang berkata ‘tidak kisah’ jika ianya di potong dan tampal kerana tidak ada aduan rasmi dibuat kepada SRC. Ini bukanlah satu kes dengan hanya berdasarkan jangkaan sebaliknya bukti.
—-

Ramai yang tidak faham kes SRC yang sedang dalam perbicaraan.

Secara ringkas:

1. Saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya saya boleh tunggu 3 1/2 tahun hingga 4 tahun untuk menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014.

Wang itu dibayar kepada saya oleh sebuah syarikat swasta yang telah dibayar oleh sebuah lagi anak syarikat SRC,

2. Saya juga dituduh menggunakan wang RM42 juta itu untuk membiayai perbelanjaan untuk pelbagai aktiviti NGO dan politik.

Saya bukan dituduh telah menggelapkan atau menerima RM4 bilion dari SRC walaupun setengah-setengah tajuk berita media dan propaganda PH memberi gambaran begitu.

https://malaysiagazette.com/2020/06/01/src-international-mana-ada-bukti-najib-pecah-amanah/

“Pendakwaan juga tidak berjaya membuktikan Najib telah memindahkan dana tersebut sebaliknya ianya telah dilakukan oleh ‘orang ketiga’, seperti Nik Faisal yang mendapat arahan Jho Low.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157087375025952/

Leave a Reply