Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kerajaan umum jumlah nilai eksport bagi bulan Mei 2020 telah jatuh 25.5%... - Najib Razak

Kerajaan umum jumlah nilai eksport bagi bulan Mei 2020 telah jatuh 25.5%…

Kerajaan umum jumlah nilai eksport bagi bulan Mei 2020 telah jatuh 25.5% berbanding tahun lepas – iaitu kadar kejatuhan paling teruk sejak 11 tahun lalu.

Ini adalah bulan kedua nilai eksport jatuh melebihi 20% selepas eksport bulan April 2020 jatuh 23.8% akibat krisis Covid-19.

Bulan Mac, April dan Mei adalah bulan yang amat perit bagi Malaysia.

Kilang-kilang kita tutup akibat PKP masa itu. Ekonomi rakan-rakan dagang kita turut terkesan kerana mereka juga di bawah perintah berkurung.

Kita sama-sama tengok jika ada pemulihan untuk bulan-bulan yang akan datang tetapi ramalan saya ialah jika ada pemulihan pun, ianya akan agak sederharna kerana krisis Covid masih belum berakhir.

Satu petunjuk ialah harga-harga komoditi dunia terkini masih rendah berbanding sebelum wabak Covid bermula – jelas menunjukkan aktiviti ekonomi global masih lemah.

Harap kerajaan PN akan peka dengan keadaan ini.

Kita perlu menambah dan mempercepatkan rangsangan ekonomi serta pelaburan tempatan – baik dari sektor swasta atau sektor awam.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157167831595952/

Leave a Reply