Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kerajaan Garis Tiga Ketetapan Jadikan Malaysia Negara Inovasi - Najib - Najib Razak
News_archive

Kerajaan Garis Tiga Ketetapan Jadikan Malaysia Negara Inovasi – Najib

Sorry this entry isn’t available in the selected language

PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) — Kerajaan Selasa menggariskan tiga ketetapan yang menggabungkan pendekatan untuk membina sebuah ekosistem yang boleh mendukung hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara inovasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketetapan itu ialah daripada segi pembangunan modal insan terutama bagaimana untuk menyuntik pemikiran yang lebih inovatif dan kreatif dalam sistem pendidikan negara.

“Kita juga akan melihat daripada segi pembiayaan yakni dana bagi mendukung usaha inovasi yang dapat dijalankan di negara ini seperti memperbanyakkan lagi penyertaan modal ekuiti swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama majlis tadbir urus Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di sini Selasa.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia Datuk Dr Kamal Jit Singh.

Najib berkata kerajaan juga akan menggabungkan pendekatan dalam bentuk menentukan apakah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh dikomersialkan.

“Umpamanya daripada segi Harta Intelek dalam universiti kita ada lebih kurang 1,000. Daripada 1,000 itu, kita akan kenal pasti berapa banyak yang kita akan terjemahkan dalam bentuk projek yang boleh dikomersialkan.

“Jadi, hasil daripada pertemuan hari ini ialah untuk menggabungkan pendekatan yang berdasarkan untuk membangunkan ekosistem di samping pendekatan berdasarkan hasil iaitu mengenal pasti projek-projek yang boleh dikomersialkan,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply