Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kepentingan Rakyat Diutamakan Dalam Isu Air Di Selangor - Najib - Najib Razak
News_archive

Kepentingan Rakyat Diutamakan Dalam Isu Air Di Selangor – Najib

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Kepentingan rakyat merupakan keutamaan pokok apabila menyelesaikan masalah penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam hal itu, katanya, semua pihak perlu mengenepikan kepentingan politik masing-masing kerana isu air merupakan masalah serius.

“Kita perlu kerana masalahnya ialah kerajaan negeri dan ia mengambil pendirian berbeza mengenai masalah air. Ianya masalah amat serius,” kata Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), pada akhir Konvensyen BN 2010, di sini Ahad.

“Kita harus mengenepikan isu-isu politik dan melihat lebih kepada kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shan, melahirkan kekecewaan dengan isu air di negeri itu dipolitikkan.

Sultan bertitah Selangor bakal berdepan krisis air yang serius jika kerajaan pusat dan kerajaan Selangor tidak menyelesaikan segera projek penyaluran air mentah antara negeri.

Sumber : Bernama

Leave a Reply