Press Statement

Kenyataan Akhbar Pasukan Petugas Khas Ditubuh Untuk Tangani Peningkatan Kes Denggi

Sorry this entry isn’t available in the selected language

PASUKAN PETUGAS KHAS DITUBUH UNTUK TANGANI PENINGKATAN KES DENGGI

 

  1. Kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk menangani kebimbangan umum tentang peningkatan kes-kes demam denggi sejak akhir-akhir ini di seluruh Negara.

 

  1. Pasukan tersebut akan diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

 

  1. Pasukan Petugas Khas ini akan turut disertai oleh YB Menteri-Menteri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, serta melibatkan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi-agensi berkaitan.

 

  1. Kerajaan berharap dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas ini akan dapat membendung peningkatan kes-kes demam denggi dengan kadar segera di samping melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan lebih berkesan di seluruh Negara.

 

 

DATO’ SRI MOHD NAJIB

1 Julai 2014

Leave a Reply