BlogHousing

Kelangsungan PR1MA Untuk Rakyat

Sorry this entry isn’t available in the selected language

Di dalam undian #Bajet2015 yang dilakukan sebelum pembentangan, isu perumahan dan kehidupan bandar adalah antara pilihan utama rakyat Malaysia. Melalui “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat,” saya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan projek, antaranya;

Perumahan

Sebagai kelangsungan daripada usaha kerajaan berkaitan Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada para pembeli rumah PR1MA daripada institusi-institusi kewangan terpilih. Pembiayaan ini adalah supaya semua pembeli mampu memiliki rumah, manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos tambahan seperti guaman dan insurans. Juga, Skim Pembiayaan Sewa-Beli atau rent-to-own turut ditawarkan sebagai bantuan kepada golongan pertengahan memiliki rumah.

Kerajaan menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah PR1MA dalam masa lima tahun dan setakat ini, program PR1MA telah meliputi kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan. Antara komuniti-komuniti PR1MA kini dalam perancangan adalah;

prima_posting_klang
prima_posting_SabahSawarak
prima_posting_WS
prima_posting_WU

Langkah-langkah permohonan untuk rumah PR1MA amat mudah dan saya menggesa kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan untuk mendaftarkan permohonan dengan mengunjungi laman rasmi www.pr1ma.my. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan serta langkah-langkah mudah untuk memohon seperti dalam infografik di bawah;

Print

Leave a Reply