Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kali ini saya sokong Patriot. Saya sokong Patriot tuntut Peguam Negara... - Najib Razak

Kali ini saya sokong Patriot. Saya sokong Patriot tuntut Peguam Negara…

Kali ini saya sokong Patriot.

Saya sokong Patriot tuntut Peguam Negara menjelaskan kenapa Ku Nan dilepaskan TANPA dibebaskan dalam kes RM1 juta dia.

Walaupun dulu Patriot tak pernah bersuara apabila Guan Eng bersama tertuduh pemberi rasuah banglo dengan nilai pasaran setinggi RM7 juta dilepaskan DAN dibebaskan oleh Peguam Negara PH Tommy , saya tetap sokong Patriot tuntut penjelasan kes Ku Nan dari Peguam Negara.

Saya nak tahu apa maksud perkembangan baharu kes Ku Nan yang disebut SPRM.

Saya nak tahu siapakah saksi dalam kes Ku Nan yang SPRM sedang menyiasat dan jika ianya berkait dengan perkara ini:
– pada permulaannya seorang ahli perniagaan didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan pada tahun 2013
– Masa itu, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah dan memberitahu mahkamah bahawa wang itu adalah derma politik sah dan bukan rasuah
– Tiba-tiba ahli perniagaan U-turn untuk mengaku bersalah pula dan dia hanya didendakan RM1.5 juta tanpa sebarang hukum penjara oleh hakim (yang juga hakim kes SRC saya).
– dari tertuduh, ahli perniagaan bertukar menjadi saksi untuk mengenakan Ku Nan pula.
– dua bulan kemudian, kerajaan PH dahulu menjual sebidang tanah di Iskandar Malaysia kepada syarikat milik keluarga ahli perniagaan/saksi tersebut pada nilai rendah (RM45 satu kaki persegi) pula.

Bukti ada di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157538250285952

Saya juga nak tahu jika berlakunya salah guna kuasa perundangan semasa PH bermaharajalela masa itu.

Sudah tentu Patriot juga ingin tahu. Mari kita berdua tuntut bersama.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157540179665952/

Leave a Reply