Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ini contoh depan muka Warisan Plus yang pandai main sentimen bermodal air... - Najib Razak

Ini contoh depan muka Warisan Plus yang pandai main sentimen bermodal air…

Ini contoh depan muka Warisan Plus yang pandai main sentimen bermodal air liur tapi sebenarnya gagal jaga Rakyat dan ekonomi.

Pada tahun 2019, bila kita bimbang bahawa pertumbuhan ekonomi Sabah jatuh dari 8.2% ke 1.5% iaitu dari paling tinggi kepada paling rendah antara semua negeri Malaysia, Warisan Plus kata ini salah BN sebab BN banyak salahgunakan kuasa.

Ini alasan yang amat tak masuk akal sedangkan dalam tempoh 9 tahun saya PM, pertumbuhan ekonomi Sabah adalah mantap dan sering mengatasi purata kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Bermaksud Sabah tumbuh lebih cepat banding negeri-negeri lain sepanjang 9 tahun dan jurang Sabah dengan negeri-negeri lain yang ditinggalkan PM4 semakin mengurang.

Tapi bila PH ambil alih Sabah selepas beberapa ADUN BN lompat ke PH, ekonomi Sabah menjunam pulak.

Jurang semakin lebar apabila pertumbuhan ekonomi negeri-negeri lain jauh lebih tinggi berbanding Sabah untuk 2 tahun berturut-turut.

Baiklah. Pertumbuhan amat rendah Sabah pada kadar 1.5% itu salah BN, kata Warisan.

“15 Aug 2019: KDNK Sabah turun akibat salah guna kuasa pentadbiran lepas”
https://www.malaysiakini.com/news/488081

Namun saya tanya sekali lagi dua bulan lepas kenapa pertumbuhan ekonomi Sabah jatuh lagi ke 0.5% dan sekali lagi menjadi paling corot dalam Malaysia.

Kali ini, Warisan Plus tukar alasan kerana tak dapat salahkan BN lagi.

Dorang kata masa 2 tahun terlalu singkat pula.

“3 Ogos 2020: Dua tahun terlalu singkat ukur prestasi Warisan”
https://www.sinarharian.com.my/article/95036/BERITA/Politik/Dua-tahun-terlalu-singkat-ukur-prestasi-Warisan

Melihat keadaan ekonomi dan pentadbiran Warisan yang tidak ada rancangan, tiada halatuju socio-ekonomi dan projek-projek besar diberi kepada kroni dan orang sendiri, saya ramal ekonomi Sabah akan terus menjunam jika masih di bawah Warisan Plus.

Kenaikan kesejahteraan warga Sabah sudah kehilangan dua tahun selepas pertumbuhan Sabah telah dikorbankan pada tahun 2018 dan 2019 sebelum krisis Covid bermula.

Berapa tahun lagi nasib Sabah perlu dikorbankan hanya kerana sentimen dan janji-janji palsu depa?

Sekarang saya tak sabar nak tengok apa alasan baru yang akan diberi mereka bila ekonomi Sabah terus menjadi paling corot dalam negara pada tahun-tahun mendatang jika Warisan Plus masih berkuasa di sana.

Main sentimen dan main slogan untuk hasut Rakyat, PH nombor satu.

Beri pelbagai alasan kenapa mereka gagal, PH juga nombor satu.

Tapi realitinya, mereka gagal.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157356317130952/

Leave a Reply