Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Infrastuktur digital adalah infrakstrutur antara paling kritikal negara... - Najib Razak

Infrastuktur digital adalah infrakstrutur antara paling kritikal negara…

Infrastuktur digital adalah infrakstrutur antara paling kritikal negara untuk zaman digital pasca pandemik ini bagi tahun-tahun mendatang.

Jadi, kita perlu memastikan pelan kerajaan bagi infrastuktur 5G benar-benar tepat dan tidak merugikan negara serta rakyat.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan rancangan untuk mewujudkan sebuah syarikat SPV kerajaan untuk menjadi syarikat tunggal untuk membina infrastruktur 5G dengan peruntukan RM15 bilion dalam 10 tahun akan datang.

Telco-telco swasta tidak akan dibenarkan untuk membina infrastruktur 5G mereka tetapi perlu menyewanya dari syarikat SPV tersebut.

Model kerajaan PN ini bagi 5G adalah jauh berbeza dengan hampir semua negara dalam dunia di mana lesen 5G diberi secara open tender dan kerajaan akan dibayar oleh Telco untuk hak membina infrastruktur sendiri dan menawar perkhidmatan 5G kepada pengguna.

“Thai 5G auction raises $3B as Singapore bids close”
https://www.lightreading.com/asia/thai-5g-auction-raises-$3b-as-singapore-bids-close-/d/d-id/757539

Companies have bid $81 billion for the airwaves to build 5G, and winners will be revealed soon
https://www.cnbc.com/2021/01/31/5g-spectrum-auction-bids-total-80point9-billion-winners-revealed-soon.html

Erti kata lain, kerajaan negara-negara lain akan dibayar berpuluh bilion ringgit oleh Telco tetapi di Malaysia pula, kerajaan akan tanggung kos RM15 bilion untuk membina infrastruktur 5G secara sendiri pula.

Sedia maklum bahawa syarikat-syarikat telco sudah ada infrastruktur dan rangkaian 3G/4G sedia ada dan kos serta tempoh masa untuk mereka naik taraf ke 5G adalah lebih rendah.

Syarikat swasta juga boleh bergerak jauh lebih pantas berbanding syarikat kerajaan sebab persaingan antara telco untuk menarik dan kekalkan pelanggan masing-masing adalah sangat hangat.

Jika semua pelanggan guna satu infrastruktur sama yang disewa maka tiada lagi perbezaan bagi khidmat 5G antara telco.

Jika signal 5G adalah teruk di satu kawasan maka semua telco sama teruk.

Syarikat penarafan kredit antarabangsa Fitch juga memberi amaran tentang pelan 5G baru diumum kerajaan untuk syarikat kerajaan membina infrastruktur sebanyak RM15 bilion ini akan melambatkan pembangunan 5G di Malaysia dan membuka ruang untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam proses pembangunan.

Lagi mengejutkan ialah task force 5G SKMM kerajaan sendiri pernah menyediakan pelan bahawa pembinaan infrastruktur 5G untuk meliputi 90% negara hanya akan mengambil masa 5 tahun dengan kos RM7.5 bilion.

“Tahun 2020: National 5G Task Force MCMC”
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/FAQ-National-5G-Task-Force.pdf

Tetapi diumumkan kerajaan baru-baru ini bahawa ianya sudah berganda menjadi kos RM15 bilion dengan tempoh masa 10 tahun pula.

Saya khuatir apabila kerajaan berjaya menyiapkan 5G mengikut rancangan mereka pada tahun 2031, dunia sudah beralih ke 6G.

Itupun jika kerajaan berjaya melaksanakan pelan mereka tanpa sebarang penangguhan.

Sebab itu, rancangan negara-negara jiran kita adalah untuk 5G siap di negara masing-masing dalam tempoh terdekat.

“Thailand β€˜first’ Asean nation to roll out 5G commercial service”
https://www.thestar.com.my/aseanplus/aseanplus-news/2020/08/19/thailand-first-asean-nation-to-roll-out-5g-commercial-service

Manakala negara Singapura juga telah melancarkan perkhidmatan 5G tahun lepas.
“M1 enables 5G for everyone”
https://www.m1.com.sg/about-us/news-releases/2020/m1-enables-5g-for-everyone

Lagi membimbangkan ialah pengumuman kerajaan hari ini bahawa orang paling kuat Ananda Krishnan (yang juga pemilik Maxis dan Astro) telah dilantik untuk mengetuai syarikat SPV 5G kerajaan.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2021/03/01/ralph-marshall-to-be-5g-spv-ceo

Jika kita tersilap langkah dengan infrastruktur 5G kita, kesannya adalah paling parah bagi seluruh negara untuk puluhan tahun mendatang.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157734097315952/

Leave a Reply