Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Hari itu, peguam kita tulis surat terbuka tentang kes Riza Aziz bahawa: -... - Najib Razak

Hari itu, peguam kita tulis surat terbuka tentang kes Riza Aziz bahawa: -…

Hari itu, peguam kita tulis surat terbuka tentang kes Riza Aziz bahawa:

– Riza telah dan akan membayar lebihan US$40 juta ke atas pelaburan US$248 juta yang diterima itu kepada pelabur asal, DOJ dan kerajaan Malaysia kerana filem-filem dia agak berjaya.

– Pihak pendakwa raya mempunyai dokumen-dokumen dan transaksi bank lengkap yang membuktikan dia membayar balik pelaburan dengan pulangan sejak dari dulu lagi.

– Kes ini sukar untuk didakwa dalam Malaysia kerana semua transaksi, saksi, pelaburan, penggunaan, sumber dana dan tertuduh berada di luar negara. (saya langsung tak terlibat dengan transaksi-transaksi itu dan sumber dana bukan dari akaun saya atau akaun 1MDB tapi dari orang kerabat raja negara asing) Tambahan pula dokumen dan bukti pulangan pelaburan adalah lengkap.

– dia dituduh bawah Akta AMLA kerana menerima dana yang disyaki berkait 1MDB seperti Jakel, Institut terjemahan dan buku Malaysia, Yayasan Tun Hussein Onn dan Naza. Riza bukan dituduh rompak, curi atau salah guna kuasa seperti kes Guan Eng di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM.

Ini bukan siapa-siapa yang cakap tetapi ini peguam veteran yang membuat kenyataan umum.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2020/05/30/what-led-to-the-dnaa-for-riza-aziz/

Kenapa pula Tommy dan seluruh geng PH langsung tak mahu komen dan langsung tak mahu tuduh peguam kita tipu?

Kenapa mereka tak tuduh peguam Ini membohong fakta Mahkamah?

Ke mana perginya tuduhan Anwar “curi 10 ekor ayam, pulang balik seekor ayam” itu?

Fakta menunjukkan ini lebih kepada “terima 10 ekor ayam, pulangkan 12 ekor ayam”.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157089020490952/

Leave a Reply