Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Game salah-menyalah antara menteri-menteri PN dah mula setelah PKP 2.0, PKP... - Najib Razak

Game salah-menyalah antara menteri-menteri PN dah mula setelah PKP 2.0, PKP…

Game salah-menyalah antara menteri-menteri PN dah mula setelah PKP 2.0, PKP 3.0/3.1 dan Total Lockdown gagal bersambung gagal.

Akibatnya ribuan Rakyat sia-sia bayar dengan nyawa serta puluh jutaan Rakyat terseksa dan dihukum selama 6 bulan tanpa kesudahan atas kesilapan bersambung kesilapan kerajaan.

Biar Najib ulang sekali lagi saranan sejak awal bulan Januari.

1. Virus tak bergerak. Manusia yang bergerak. Jadi, untuk hentikan virus bergerak dan merebak, pergerakan manusia perlu diturunkan ke paras paling minima untuk sesuatu tempoh yang melebihi tempoh inkubasi virus bagi memberi impak paling maksimum.

2. Sekiranya kilang dan tapak pembinaan merupakan penyumbang utama maka sektor-sektor inilah yang patut disekat terlebih dahulu.

Bukan berulang-ulang buat benda bodoh seperti sekat sektor-sektor yang tak berkenaan tetapi benarkan sektor-sektor yang paling menyumbang kluster Covid untuk terus beroperasi.

Apa kegilaan kamu berkali-kali balut dan ubat tangan kiri padahal tangan kanan yang patah?

3. Jika mahu buat, buat awal-awal supaya sengsara tak berpanjangan sehingga duit simpanan rakyat sudah habis dibazir tanpa pendapatan.

4. Sekarang sudah terlambat untuk puat Total Lockdown secara pukal untuk pukul rata sebab Rakyat sudah terlalu lama dikurung dan tiada keupayaan dan kemampuan untuk bertahan lagi.

Jadi, pendekataan perlu berubah.

5. Sektor-sektor kilang dan tapak pembinaan seluruh negara terutamanya di negeri-negeri dengan kadar keberjangkitan melebihi 0.9 perlu ditutup sekurang-kurangnya dua minggu.

Setelah dua minggu, hanya benarkan sektor-sektor ini dibuka semula setelah setiap pekerja disaring terlebih dahulu. Jika ada satu kes positif pun bagi mana-mana kilang atau tapak perniagaan, lanjutkan tempoh sekatan bagi tempat itu seminggu dan suruh mereka buat saringan sekali lagi.

Kos saringan sudah murah. Jadi tiada alasan kenapa ianya tidak boleh ditanggung towkay kilang dan tapak pembinaan.

6. Kenakan PKPD selama 2 minggu juga bagi kawasan hotspot dan dalam tempoh ini, pastikan semua orang dalam kawasan PKPD ini disaring dan jika negatif, divaksin sebelum tempoh PKPD tamat.

7. Bagi negeri-negeri dengan kes Covid dua angka ke bawah DAN kadar kebolehjangkitan R0 di bawah 0.80 untuk tempoh 5 hari berturut, negeri-negeri ini boleh terus ke Fasa 3 (tak payah nak masuk Fasa 2) untuk benarkan hampir semua sektor beroperasi semula.

Sebelum itu, sempadan negeri perlu dijaga sama ketat seperti sempadan negara. Orang tempatan juga mengambil peranan yang penting untuk memberi kerjasama agar kawan-kawan serti ahli keluarga tidak curi masuk ke dalam negeri melalui jalan tikus.

Syarat untuk memberi kebenaran rentas negeri untuk seluruh negara bagi sebarang tujuan termasuk penghantaran barang ialah mereka wajib selesaikan sepenuhnya dua dos vaksin sebab mereka risiko bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya untuk dijangkit dan menjangkit adalah jauh lebih rendah.

Sekiranya negeri yang telah diberi kelonggaran tiba-tiba menunjukkan kenaikan kes maka buatlah Total Lockdown untuk tempoh 7 hari sahaja untuk membenarkan pihak berkuasa mengenalpasti kluster atau hotspot untuk dikenakan PKPD.

8. Gunakanlah hubungan diplomasi untuk lebih kerap berhubung dengan negara-negara yang sudah hampir selesai proses vaksinasi mereka untuk meminta mereka jual lambakan vaksin mereka pada kita. Tiada gunanya nak salahkan negeri-negeri lain bolot vaksin.

Kalau kamu tuduh mereka bolot, mereka tidak akan lepaskan vaksin berlebihan pada kamu sebab langkah ini seperti mereka mengaku telah bolot.

Ianya lebih elok untuk kekalkan hubungan baik dan membincang dengan baik untuk dapat vaksin.

Jika saya, saya akan calling mereka tiap-tiap minggu sehingga berjaya dapat vaksin.

Lalu, kita naikkan kadar bayaran pada klinik swasta supaya kadar pemberian vaksin setiap hari kita meningkat berganda dalam tempoh paling singkat tanpa perlu bina mega-PPV baharu.

9. Apabila sudah terbukti gagal, mengaku sahaja. Jangan beri alasan tak masuk akal seperti “bukan gagal, tapi belum berjaya” yang hanya menyakitkan hati Rakyat yang sudah berbulan-bulan terseksa sehingga mereka rasa sudah dipermainkan dan diperbodohkan kerajaan.

10. Sekiranya pengerusi MKN tetap lembab dan sering dimanipulasi untuk berkali-kali meluluskan langkah yang dah lama terbukti gagal untuk harapkan hasil yang berbeza, maka rehatkanlah dia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157984593440952/

Leave a Reply