Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ekonomi Malaysia bukan sekadar kilang-kilang eksport dan tapak pembinaan... - Najib Razak

Ekonomi Malaysia bukan sekadar kilang-kilang eksport dan tapak pembinaan…

Ekonomi Malaysia bukan sekadar kilang-kilang eksport dan tapak pembinaan sahaja.

PKP separuh masak yang tidak pukul sama rata dan berpanjangan hanya akan mewujudkan ekonomi berbentuk “K” ini.

Jumlah penduduk Malaysia sebanyak 30 juta orang. Dan T20 yang merupakan 20 peratus paling kaya sudah 6 juta orang.

Tapi masalahnya ialah 24 juta lagi rakyat dari golongan B40 dan M40.

Namun ceritanya bukan begitu sahaja.

Krisis ekonomi Covid ini tak pukul sama rata pada semua industri.

Ada sektor yang menerima manfaat dan memulih lebih cepat. Malah kadar pertumbuhan sektor mungkin lebih pantas berbanding sebelum Covid.

Sebagai contoh, industri elektronik, kilang eksport dan perkhidmatan IT di mana ramai memerlukan komputer atau kelengkapan untuk kerja dari rumah dan memulakan perniagaan online selling pada ketika ekonomi negara-negara asing sedang memulih dan berkembang pesat.

Pada masa yang sama, banyak lagi sektor-sektor yang terus terjejas dan mungkin akan memerlukan masa bertahun-tahun untuk memulih.

Ini menjadikan ekonomi negara menjadi ekonomi dua kelajuan – iaitu sektor-sektor yang bermanfaat akan bertumbuh lebih laji manakala sektor-sektor lain turun berterusan.

Sebab itu ianya nampak macam huruf “K” dalam graf dan kini disebut sebagai “K-curve recovery” atau pemulihan bentuk “K”. Bukan lagi pemulihan “V-curve” seperti disebut dan diharapkan oleh kerajaan PN.

(Graf ini saya ubah suai dari graf U.S. Chamber of Commerce supaya lebih relevan bagi konteks ekonomi Malaysia)

Seperti angka kadar pengangguran tidak mengambarkan keadaan sebenar di mana lagi ramai tak hilang kerja tapi pendapatan mereka berkurang akibat OT, hari bekerja, elaun, service points, gajji asas dan komisyen menurun, angka kadar pertumbuhan KDNK juga tak mengambarkan realiti dua kelajuan Ini.

Di dalam konteks Malaysia, jumlah warga Malaysia yang bekerja dalam sektor-sektor yang menerima manfaat adalah jauh lebih kecil berbanding dalam sektor-sektor yang terus terjejas dan akan terus terjejas.

Sebagai contoh, jumlah pekerja (termasuk pekerja asing) sektor pembuatan elektronik cuma 500 ribu orang manakala jumlah pekerja sektor sarung tangan yang banyak bergantung kepada mesin cuma 71,800 orang di mana 28,000 adalah warga tempatan dan 43,800 pekerja asing.

Manakala 1.1 juta pekerja terlibat dalam sektor perkhidmatan IT Malaysia.

Memandangkan sektor perkhidmatan dan sektor pelancongan merupakan sektor yang paling besar dalam negara dari segi pekerja, ramai lagi warga Malaysia yang terjejas.

Sebanyak 3.5 juta rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pelancongan.

Belum lagi ambil kira sektor runcit (termasuk shopping mall), sektor pengangkutan, sektor pendidikan, peniaga-peniaga kecil tepi jalan dan segala SME yang mengeluarkan produk yang kurang permintaannya pada masa kini.

Kerajaan PN faham ke benda ini atau korang sudah membuat keputusan untuk lepaskan semua undi rakyat Marhein B40 dan M40 dan hanya akan minta undi dari golongan pemilik kilang T20 pekerja warga asing serta syarikat MNC asing pada PRU15?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157912801135952/

Leave a Reply