Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Dalam usaha membanteras kegiatan jenayah, kerajaan telah mengambil langkah... - Najib Razak

Dalam usaha membanteras kegiatan jenayah, kerajaan telah mengambil langkah…

Dalam usaha membanteras kegiatan jenayah, kerajaan telah mengambil langkah untuk mendedahkan nama 49 kumpulan kongsi gelap untuk maklumat umum.

Nama-nama kumpulan yang didedahkan dalam pautan-pautan di bawah, telah melanggar undang-undang Akta Pertubuhan 1966. Individu yang didapati menggunakan nama atau logo berkaitan dengan kumpulan-kumpulan ini boleh didenda RM15,000 atau dipenjara selama lima tahun.
• http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=973557
• https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/649757035034607

Keselamatan anda dan keluarga sentiasa diambil berat oleh pihak berkuasa. Kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan kita semua hidup bebas daripada cengkaman ketakutan, terutamanya berkaitan dengan jenayah terancang seperti pengedaran dadah, kongsi gelap dan penggunaan senjata api.

Saya yakin pihak berkuasa, dengan pertolongan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), akan mempergiatkan usaha mengesan dan membanteras aktiviti jenayah berat setiap masa.
Sebagai rakyat Malaysia anda juga boleh menyumbang kepada keselamatan negara dan sekaligus menjamin masa depan yang lebih aman untuk anda dan anak-anak anda. Berikan kerjasama kepada pihak berkuasa, contohnya dengan berkongsi sebarang maklumat berkenaan kegiatan atau ahli-ahli kumpulan tersebut.
Kongsi dan sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda. Bersatu ke arah Malaysia yang lebih aman dan tenteram.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151573574505952/

Leave a Reply