Cara menyelesaikan masalah kekurangan komputer bagi Pengajaran dan…

Cara menyelesaikan masalah kekurangan komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kerajaan PH dahulu cuma berjaya melancarkan satu projek mega sepanjang zaman gagalkrasi mereka iaitu projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Projek tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh PH dalam masa kurang setahun mereka mentadbir di mana antara penerima manfaat terbesar projek merupakan syarikat Opcom milik anak-anak PM4/7/7i.

Nilai saham Opcom mencanak naik berganda-ganda semasa kerajaan PH mengumumkan kelulusan projek tersebut.

Sumber dana terbesar bagi projek tersebut ialah dari Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi.

Tabung tersebut diwujudkan kerajaan BN dahulu di mana semua telco besar dalam negara akan menyumbang sekitar RM2 bilion setiap tahun kepada tabung tersebut.

BN tinggalkan RM8 bilion dalam tabung semasa PRU14.

“Gobind Singh: 29 Aug 2019: USP funding to make up to 60% of RM21.6b NFCP roll-out”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/08/29/narrowing-the-digital-divide-between-urban-and-rural-malaysia

Projek NFCP diteruskan di bawah kerajaan PN di mana sejumlah RM7.4 bilion akan diperuntuk SKMM untuk memperluas perkhidmatan jalur lebar bagi 2021 dan 2022, kata Menteri Kewangan PN dalam ucapan bajet 2021.

“6 Nov 2020: Belanjawan 2021: RM7.4 bilion bagi perluas perkhidmatan jalur lebar”
https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-clippings/belanjawan-2021-rm7-4-bilion-bagi-perluas-perkhidm

Tahun 2022 belum sampai lagi maka peruntukan dari tabung SKMM tersebut boleh diagihkan pada tahun ini untuk memberi 2 juta komputer serta pakej internet percuma untuk setahun kepada murid-murid sekolah yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid.

Kos bagi 2 juta komputer bersama pakej internet setahun dianggarkan sebanyak RM2 bilion.

Cara ini juga yang pernah digunakan kerajaan BN dahulu untuk memberi sekitar 1.7 juta netbook 1Malaysia semasa saya PM. Dana juga dari tabung SKMM.

Cara ini jauh lebih adil, lebih memanfaatkan dan lebih menyeluruh berbanding rancangan kerajaan PN sekarang untuk memaksa tabung simpanan rakyat seperti KWSP dan PNB menyumbang dana kepada skim pemberian 150,000 komputer bernilai RM150 juta.

Yang perlu komputer sekarang, berjuta-juta murid sekolah.

Yang diberi komputer pula, cuma 150,000?

Dana dari tabung simpanan rakyat sendiri pulak!

Untuk pulihkan tabung SKMM tersebut untuk membiayai kos projek NFCP bagi tahun 2022, kerajaan PN boleh pertimbangkan untuk menjual spektrum 5G secara open tender seperti dibuat negara-negara lain.

Sebagai contoh, open tender spektrum 5G di Amerika Syarikat dianggarakan akan bernilai US$78 bilion.

“8 Jan 2021: Mobile, media giants submit record bids as 5G spectrum auction tops $78 billion”
https://www.marketplace.org/2021/01/08/mobile-media-giants-submit-record-bids-as-5g-spectrum-auction-tops-78-billion/

Kerajaan BN semasa saya PM juga memerlukan 8 syarikat telco tempatan membayar berbilion-bilion untuk mendapat spektrum dan lesen 4G.

Kerajaan PN tidak boleh sekali lagi memberi spektrum dan lesen 5G secara senyap-senyap tanpa tender dan terpaksa U-Turn apabila pemberian itu terbongkar dalam media seperti apa yang berlaku tahun lepas. Nanti Uncle Kit Siang tuduh PN songlap lagi pulak.

“3 Jun 2020: Minister makes U-turn, cancels 700MHz spectrum awards to TM, DiGi, Maxis, Altel and Axiata”
https://www.theedgemarkets.com/article/minister-cancels-700mhz-spectrum-awards-tm-digi-maxis-altel-and-axiata

Open tender bagi spektrum 5G Malaysia kali ini adalah satu keperluan sebab kekuatan kewangan kerajaan dan Petronas sudah terjejas akibat tempoh gagalkrasi PH yang tambah hutang negara pada kadar paling laju sekali berbanding BN dan menjarah rizab RM176 bilion Petronas ditinggal kerajaan BN dan juga akibat penggunaan kerajaan PN untuk melawan Covid pada keadaan pelaburan asing diterima Malaysia menjadi paling corot dalam ASEAN.

Buatlah cara ini serta merta sebab saya percaya dana dalam Tabung USP ini masih ada.

Syarikat-syarikat telco juga tidak akan membantah kuat sebab mereka berpeluang menaikkan pendapatan dengan tambahan 2 juta pelanggan pakej internet yang diberi bersama komputer.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157653157760952/

Leave a Reply